Saturday, August 13, 2011

photoshoot

Sekarang dah jadi trend kan utk buat pre wed or post wed. Saya prefer buat post wed, dapat buat aksi yang lebih bebas. Kalau ikutkan banyak betul impian, tak taulah mana satu yang akan terlaksana.

1) photoshoot ala zaman p ramlee

photoshoot bertemakan zaman 60 an
pakaian-baju melayu (proper sampin), songkok senget, kebaya(material kain zaman lama,kebaya putih, kebaya nyonya pun ok), selendang, spec old skool
latar belakang-indoor-rumah lama, kebun2 getah, bangunan lama
pose- pose zaman2 ni keras sikit, macam kalau duduk tu, memang nampak kejung kan,
keraskan badan dan tahan napas. tegak jer. Boleh study gambar2 studio tok nenek kita.
Kalau senyum pun tak nampak gigi, Lepastu kalau pose, banyak aksi2 tongkat dagu dan merenung jauh,hahaha, kelakar pulak kalau imagine diri sendiri wat camtu
Ini memang style gamba pada zaman itu.Gambar2 ni timeless dan ada kelas yang tersendiri.
lagu background- itulah sayang, gelora both by P ramlee



2)photoshoot ala budak kampung
pakaian-baju kurung cotton, or kebaya, baju melayu sampin selepang(hehe, nampak budak kampung nakal), songkok
latar belakang- pokok sebatang pun ok, sungai, sawah padi, tepi pantai
pose- pada saya concept ni lain sikit dengan zaman 60an tu. Lebih relax dan santai- ala2 orked n sepet, tak perlu posing keras2. Latar belakang keindahan kampung, pantai or sawah padi, tapi pose candid dan modern gitu


3)casual in the city
pakaian- casual
latar belakang- KL!!!!! area masjid jamek,KL sentral, public transport-monorail, putra
pose-casual dan berjalan2 jalan. hahaha ye lah tu dapat berlagak casual di khalayak umum.
gambar2 macam ni biasanya akan masukkan sekali kesibukkan bandar KL itu. dan structure bangunan KL yang cantik2. Tak perlu prop yang byk, Cukup kesibukan KL itu dijadikan sebagai latar belakang. Cabarannya macam mana nak jadikan hero n heroin tu menonjol di celah2 org ramai
Saya tak tahu kenapa bila pegi KL jer, saya akan rasa saya di dalam scene sebuah movie, Sebab tulah saya nak abadikan kenangan tu di dalam gambar.
lagu backgraund- popolah, tak terpikir specific lagu ape


4)gambar di taman bunga
pakaian-casual
latar belakang-apa2 taman la yang boleh dicari, lebih cantik kalau ada tasik, saya suka elemen air
pose- Taman tak ramai org, kite lebih selesa nak berguling guling, Penggunaan prop amat digalakkan bagi menjadikan gambar lebih menarik.
lagu-ape apa lagu pun boleh, tiada yang specific


5)photoshoot di airport
pakaian- casual or vintage
latar belakang-KLIA
pose- mengisahkan tentang 2 orang yang terpisah jauh, Dan KLIA adalah tempat yang bercampur emosi sedih dan gembira-gembira masa sampai malaysia, dan nangis sedih2 bila nak tinggalkan malaysia. Ini memang impian terbesar saya, sebab setakat ni
tak nampak lagi org buat, tapi cabarannya, taktaula pihak airport benarkan ke tak,
teknik gambar, boleh ambil wide angle-nak tunjuk airport yg cantik tu.
props-segala surat2 lama boleh bawak, boarding pass-lagi2 boarding pass yang tercatat tarikh2 penting
lagu background- jauh (VE) leaving on a jetplane


6)percintaan di sekolah
hehe, malas nak ulas panjang, idea ni dah selalu nampak. Kalau boleh saya pun nak satu sesi photoshoot di sekolah

tips untuk menghasilkan photoshoot yang cantik
research!!! yes, research, kumpul gambar2 yang cantik yang kita mahukan
kalau boleh sketch idea2 kita, amat membantu!
Saya pernah buat satu photoshoot,
lepas sejam memang kering idea, lagi banyak u plan, lagi menjimatkan masa,
masa carik idea tu, pasang lagu2 yang bagi mood, barulah idea mencurah.
lagi satu, tgk movie2 yang ada scene2 yang berkaitan dengan tema kita
contohnya movie yang tunjukkan KL cantik, movie yang ada scene kat taman, scene kat airport,
nak terangkan kan photographer pun senang.

2 comments:

Renee Meow said...

yep agree..research itu harus..! :D

lady syaliz said...

iye, mesti t research byk kan? tu yang gamba white studio cantik!!!