Wednesday, May 9, 2012

bingkisan buat tetamu

Saya serahkan pada ibu bulat bulat. Saya tak kisah kalau bagi bunga telur saja.  Tapi biasala.... ibu mahukan sesuatu yang lain.ibu hendakkan ini


Ok. i have no objection. Lagipun bila saya dapat sample, n makan, saya sukakan rasanya... tak manis sgt... just nice. lagipun prinsip saya, kalau nak memberi.... biarla kita beri apa yang kita suka.... Takkan nak bagi org makan benda yang diri sendiri tak suka kan.

kebetulan keluar pula article ini di kosmo. Saya tunjukkan pada ibu, dan ibu uruskan yang selebihnya. Untuk bekas pula... ibu beli di Nilai. murah saja, 29 sen sekotak. Lupakan segala tq tag.... saya tak cukup masa nak fikir sedetail itu. Asalkan rasanya sedap, dan saya ikhlas memberi itu sudah cukup buat saya.

Cuma ibu belum beri kata putus apa yang nak diletakkan di dalam kuih cakar ayam tu.... mungkin telur... mungkin kacang...atau coklat.

untuk majlis nikah pula, saya dan keluarga decide untuk bagi yassin dari creatively design, sudah di fasa printing.... tapi saya tak dapat nak review lebih lebih, sebab tak dapat kat tangan lagi... hanya mampu berdoa semoga semuanya ok. bahagian belakang yassin, saya request letak nama saya dan pasangan dan disertai doa untuk pengantin... dengan harapan bila org baca, ia sebagai doa buat kami.
dan disertai tasbih dari reem doorgift .

Kalau ikutkan hati saya nak letak dalam bekas begini
tapi, melebihi bajet. Nasib baik saya jumpe beg kain corak english style kat nilai3. harga 39 sen, dan saya suka, sebab pada pendapat saya, macam lasak, yang penting, kalau org bagi saya beg macam tu saya sendiri akan suka. Terus saya suruh ibu beli saja beg tu untuk letak yassin n tasbih.

Semoga dipermudahkan semuanya, amiiin.....

Monday, May 7, 2012

cerita di sebalik baju nikah


Baju nikah yang saya mahu adalah, warna putih, chiffon, kurung modern dan ada drapping. period.




inilah baju idaman saya yang saya bawa gambarnya ke hulu ke hilir jumpe designer, tukang jait aunty cina yang saya selalu hantar baju. Sanggup jalan kaki redah kelana jaya dan bangsar... amat suka dengan drapping baju tersebut.
Untuk beadings- saya berkenan dengan design beadings serong ni. (ehem, saya rasa semua org pun suka dgn design ni,)



Akhirnya selepas survey2, saya settle dengan rico saja.Lagipun butik Rico di Bangi, lebih dekat dengan rumah saya. Rico come out with his own ideas.... he did a few sketches dan saya pilih.

Pada mulanya, igtkan nak recycle balik baju nikah tu buat baju bertandang, maksudnya lepas nikah saya nak hantar balik baju kat rico suruh die buat a few adjustment, tambah beadings lagi bagi nampak lain....(read-konon nak bajet)

Sekali mase fitting saya tak sanggup melihat betapa simplenya baju saya... muka automatic masam.. Sebab mr designer's plan is to keep it simple mase nikah, dan bagi va va voom mase bertandang. Saya pun terus tukar plan, sewa baju utk bertandang, n terus ckp kat mr designer, sila penuhkan baju saya macam nak bertandang, takyah nak simpan simpan lagi, show me what u got ( macam tu la lebih kurang apa msg yang saya cuba nak sampaikan).

Semasa dalam process, Rico ada call saya, dan cakap, beadings macam dah lari dari design asal, (hihi, mak saya yang request utk tuka), maka drapping yang asal tu macam dah tak masuk sgt dgn design beadings yang baru. Dah carca marba. Rico tanya, nak ubah bahagian bawah kepada beadings atau masih nak draping tapi design draping tu takkan sama dengan apa yang kami bincang awal awal.Saya bilang, Nak draping jugak, tak sama macam awal awal pun tak pelah... asalkan ada draping. Lepas tu letak pearls bagi banyak.

Akhirnya masa final fitting baru baru ni, saya dah boleh senyum
-draping checked,
-beadings kat tangan-checked(taknak plain, sebab nak nampak beadings masa gambar tadah tangan berdoa, masa sarung cincin, masa salam.... beadings kat tgn penting utk tambah seri),
-beadings serong kat baju- checked.

Hihi, Rico pun cakap, beadings u 10 km pon dah boleh nampak, dah membuak buak. Tapi pada saya, its just nice, masih belum dalam category over.... Saya pernah nampak baju lain yang lebih over ok.

Untuk veil, ade 2 pilihan, satu tu net labuh, memang glamorous tapi saya rasa nanti veil over, baju over, org tak tau nak focus yang mana. Maka saya pilih veil chiffon yang simple saja. Lebih sesuai dengan majlis nikah. So, jgn terkejut kalau tgk veil saya plain saja.......(tapi sebenarnya dalam hati tgh terpikir nak suruh designer tambah lg beadings kat veil..... tahan.... tahan....less is more....). Baju yang singkat pun Rico dah labuhkan sikit, Mula mula saya yang request nak singkat, tapi bile fitting nampak pelik pulak, tak sangka Rico labuhkan baju tu... thank you so much rico.

So, itulah cerita disebalik baju saya..... Harap harap semua berjalan lancar nanti... amiiinnn...

Sunday, May 6, 2012

owh tidak!!! scha al yahya pun songket hijau!!

inspirasi warna baju saya adalah ini. dapat dari blog vivy yusof.
Dan ini antara 10 wedding termahal tahun 2011 ye. Tapi.... sebab duit takdak nak dpt songket secantik ini...
maka.... saya ambil songket hijau lain... songket bunga tabur

Saya dan designer decide untuk buat songket hijau kebaya pendek, berlace hitam.......
sekali............. hari ni sudah klua gambar scha dalam kebaya pendek, songket hijau lace hitam!!!


tepuk dahi!!!!! mesti org igt saya ambil idea dari baju scha. =(. huhu. padahal tadi dah final fitting dah.

popolah..... yang penting saya happy dengan baju saya. Tapi cantik kan songket mereka. Owh, saya amat suke veil nikah scha.... lain dari yang lain......

apa jadi dengan fitting saya tadi?????
alhamdulillah... sudah puas hati dengan baju nikah. bak kata mr designer..... 10 kilometer org dah boleh nampak beadings. i dah tambah beadings sampai membuak buak.... hahahahahhaha
gile glamer betul kan aku.

nak tau sapekah designer saya? its RICO RINALDI. =)
malas nak rahsia rahsia. entah bilala saya dapat review kan... so reveal je la awal awal

so, secara finalnya

baju katam quran- jubah kaftan putih, buat kat weng kong kelana jaya

baju nikah-chiffon off white, by rico rinaldi.

baju sanding-songket hijau by rico rinaldi

baju tandang- sewa dari rai, http://bitbitterbutter.blogspot.com/ by rico rinaldi juga... =)

overall saya rasa, rico rinaldi seorang fashion designer yang baik hati, boleh bertolak ansur. Amat sabar dengan saya yang sentiasa ubah ubah appointment.
ayah saya pun tadi tiba tiba request buat kemeja kat rico... terus je ukur....

rai juga amat baik.... bila try her dress memang fit my body nicely... sama je size, harga pun ok... apa lagi... terus i book.

baju dah settle. cuma pening kepala lagi dengan tudung... haisy... harap harap dapatla settle.... amiiinnn

idea baju reception

Awalnya, saya tahu apa yang saya mahukan untuk baju nikah, tapi tidak untuk baju majlis resepsi. Yang saya tahu, hati saya tidak terpaut pada kebaya indonesia yang panjang yang menjadi pilihan ramai org. Mungkin kerana saya nie kecil molek, jadi, saya selalu rasa saya akan tenggelam dalam baju kebaya panjang ala indonesia itu. Memandangkan saya nie rendang sahaja(4 feet 9), saya perlukan baju yang tidak menutup kaki saya. (kononnya kalau baju tu singkat sikit, akan bagi ilusi kaki panjang dan tinggi, hahah, ini teori sendiri semata mata). Bile kite rase selesa, barulah confident melangkah.

bila tgk saja gambar baju zaza rekaan qudyn, terus terpaut hati.......


pic cdt to zaza

cantik kan??? Saya boleh nampak diri saya dalam baju ini. Ramping di pinggang and gelombang2 tu boleh tutup punggung saya yang disproportionate(ehem, read punggung lebar), and baju nie aras separuh peha, jadi akan lebih menampakkan bahagian kaki-ilusi kaki panjang-tinggi. Dahla saya memang sukakan warna grey.


ini pulak baju ayu raudah, gambar saya search di google, warna n cutting yang lebih kurang sama


n heed!! by sharifah kirana, Sapa tak kenal sharifah kirana yang mmg femes dgn fesyen baju kurung. Lagi satu saya suka material yang digunakan untuk tudung heed, nampak lembut dan kemas terletak.


Yang ni pulak ning baizura(gambar dari syok kahwin), tak sure sape perekanya. Saya suka leher cekak musang,



Dan ini rekaan zery zamry utk model kegemarannya, di inspirasikan dari kebaya pendek n lady gaga. Perhatikan bahagian kain kembang, saya tak pasti sesuai ke potongan tersebut untuk saya yang berkaki pendek nie. Elyana pun buat kain kembang




 Malam ni saya akan pergi untuk final fitting baju saya. =). Rasanya sudah berpuas hati dengan baju reception. cuma berdebar dengan outcome baju nikah.

Sape designer saya? esok saya reveal ok. I am happy with the outcome for my reception dress. Saya tunjukkan idea idea saya, and my designer berjaya masukkan new idea. =).

pada saya, baju saya, berpadanan dengan harga yang saya mampu bayar...(huhu, takkan la bayar ciput ko nak baju kalah scha al yahya kan?????). So, ukur baju di badan sendiri ye.