Monday, January 31, 2011

penentuan tarikh

Setengah orang rajin memilih tarikh yang cantik, Untuk tahun ini mungkin 11 11 11 menjadi pilihan. Saya pulak jenis tak kisah. Asal kahwin cukup. Mungkin sebab saya nie org yang tak begitu detail dan simple saja.

Hari tu ada berbual bual dengan ibu mengenai tarikh. Kalau boleh nak tahu secepat mungkin (macam anak mak kan, semua pon kene approval dieorg). bila tarikh dah ditetapkan, barulah senang nak proceed untuk book vendor. Sebab kalau setakat tanye - hai, cantiklah pelamin awak, boleh saya tahu berapa harga?????? memang ade harapan takkan dilayan.



macam yang renee meow postkan, saya paste di sini untuk rujukan peribadi.

1) Make yourself sounds really interested with your vendor services. Don't ever PM your vendor just like short phrase below

"Salam berapa harga pelamin ni?"

or

"cantik....PM me the price"

or

"berapa harga?"

Sebagai vendor kami akan berasa spt anda tidak begitu serius dgn perkhidmatan kami dan sekadar bertanya sahaja. Kami lebih suka anda mengenalkan diri anda, bercerita serba sedikit perkhidmatan yang anda inginkan, tema perkahwinan impian anda, maklumkan tarikh, tempat dan masa perkahwinan anda. Secara kesimpulannya maklumkan kepada vendor anda segala informasi yg diperlukan sebelum vendor anda dapat mengeluarkan quotation.

2. Pertanyaan secara direct dan jelas.. more or less straight to the point org putih kata. Jangan berpusing2 and vendor anda akan berpusing melayan anda

3. SMS OR CALL. Jika pertanyaan anda lambat dijawab melalui email atau PM di Facebook, anda digalakkan untuk menelefon sahaja vendor anda. Arjuna Cipta lebih suka jika client kami menghubungi kami secara terus untuk mendapatkan informasi and for us you guys sound more interest if u guys calling us. Jangan malu2 kami tak makan orang. Preferably call between 10am - 8pm. Tgh malam org nak rehat dik.

4. Try to prevent to make an appointment in the peak mperiod of weddings month (middle of March, June, December). Your vendor might be cancelled it for the last minute or your vendor will be in hurry (rugilah tak dapat discuss lama2)

5. Quotation kami adalah berbeza2 harga. Ini adalah kerana quotation kami direkabentuk mengikut kehendak dan tema impian pelanggan2 kami. So please don't get confused about this matter k. Thats why lah better u call us for an appointment 1st so we can have a mutual understanding about your wedding dreams and your budget too.

5. Documentation penting u guys. Read carefully your agreement before you sign it k.

Itu sahaja tips yg dapat Arjuna Cipta kongsi bersama2. Hope it will be a useful guide for all b2b outside there. But back to basic "budi bahasa budaya kita"

Good luck and all the best all

"Dealing is an Art...master it"


Selama ni saya ingatkan, org selalunya akan pilih tarikh pada cuti sekolah atau cuti umum, ataupun tarikh2 yang cantik. Rupa rupanya ada seperkara lagi yang saya terlepas pandang. Menurut ibu, kalau nak pilih tarikh, pilih awal bulan atau akhir bulan. Elakkan pilih tarikh 10hb ke atas. Senang jemputan nak dtg. Tengah2 bulan kadang2 org kesempitan. Nak datang pun kene pakai duit untuk minyak semua.

Susah jugak nak pilih tarikh, kene consider banyak perkara. Masa lapang ibu, Masa lapang CM. Mungkin tarikh kahwin saya dalam sekitar bulan 4 atau 5 tahun hadapan. Fuh, kene doa byk2 nie supaya ibu cepat dpt ilham!

Saturday, January 29, 2011

dewan vs rumah

Sebenarnya saya tak kisah majlis tu nak dibuat di rumah atau dewan.
my parents prefer untuk buat di dewan. Tak nak penat kata mereka. Agreed. But i tend to freak out bila imagine dewan bagaimana la dewan yang jadi pilihan mereka.Sekurang kurangnya nak la dewan yang menepati citarasa saya. Saya nak dewan nampak presentable di gambar2 kahwin saya. Taknakla nampak berlumut ataupun retak. No No No.
Pernah saya suarakan pendapat saya untuk buat majlis di putrajaya, sebab dewan kat sana cantik2, tapi ayah agak tak setuju, jauh katanya. Takla jauh sangat, setengah jam boleh sampai.

Tiba2 hari nie, lepas my parents pergi satu majlis kahwin di putra jaya, there r quite happy with the dewan. Kalau dewan tu yang jadi pilihan.... Alhamdulillah.... saya gembira! Sebab Saya rasa, lebih ramai kawan2 yang akan dapat datang kalau majlis tu bertempat di putrajaya.


pic cdt to kerja kahwin

Bila saya survey secara online agak puas hati jugakla dengan info yang saya dapat, sebab ade surau, senang org nak sembahyang. Kawasan untuk para tetamu berehat pun ada. Parking lot pun ade. Ini dewan sri melati. Dekat tingkat atas Dewan sri siantan. WLT buat majlis beliau kat dewan tu. Dewan sri siantan lebih besar, tapi ibu bapa saya lebih berminat dengan dewan sri melati. "kiteorg taknak dewan tingkat atas, susah nak naik tangge, lagipun nanti tak boleh berarak jauh2". Personally saya rase, berarak dari pintu dewan ke dalam pon dah ok. Parents saya nak berarak dari parking lot kot. Turutkan saje la, asalkan mereka gembira.

Memandangkan ade bebrapa dewan di tempat yang sama, ade kemungkinan beberapa majlis boleh berlaku secara serentak maka, tetamu boleh keliru mana satu majlis yang dijemput. Baru la saya paham kenapa setengah tuan rumah akan meletakkan gambar parents di bunting. Yelah, kadang2 tetamu yang dijemput hanya mengenali ibu bapa pengantin, bukannya pengantin.

Selama ni saya hanya bayangkan majlis di rumah saja. lebih senang untuk merancang sebab obviously im familiar with my hse. Siap dah bayangkan kat mana nak letak kemah semua. Buat majlis di rumah pada saya meriah. Cuma tetamu kene tahan panas la sebab takde aircond

Ni yang buat saya rase nak balik cepat2 untuk tengok sendiri dewan tu dan terus isi borang ini Lebih senang nak merancang concept majlis. Aduh, kenapa bile dapat tau parents saya tak kisah jika majlis dibuat di dewan nie, saya rase tema saya akan bertukar?

Monday, January 24, 2011

kahwin sebelum tamat belajar?

CM and i have been together since we were 18
at that time we just finished our SPM and were doing our preparatory course.
Percaya tak, saya dah mintak nak kawen mase saya umur 18 tahun, tapi of coz CM abaikan saya dan buat tak tahu sahaja,
Nothing was certain back then, dua2 tak masuk u pon lagi,
Come to think bout it, i cant believe the journey we have been through
Mase tu mungkin saya pikir ala... kawen je la,
Mungkin saya bukan jenis klua malam, pegi clubbing n merayap rayap, kerana ibu bapa saya amat tegas, so, saya rasa, ape beza kalau saya kawen pon, its not like im gonna miss my night life or anything. Memang saya jenis duduk rumah.

Kemudian, bile sudah terpisah masuk uni lain2 saya still merengek mintak nak kawen, walaupun tinggal di berlainan negara!
pada fikiran saya, dua dua akan saling memahami dan tidak akan menuntut mana mana pihak untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri kerana kami seharusnya paham yang kami masih belajar. Sekali lagi, CM buat tidak tak tahu dengan permintaan saya.

sekarang saya sudah habis belajar (ya allah, rase bersyukur habes belajar tu tak dapat dibayangkan, legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa). Barulah semua org sekurang kurangnya dengar permintaan saya nak kawin tu. Pertama kali CM berjumpa parents saya utk menyuarakan hasrat kami nak bernikah, adalah amat tak dirancang, semua terjadi secara sepontan di dalam kereta ketika CM nak hantar saya balik lepas kiteorg klua, saya tiba2 cakap, "i nak u jumpe parents i mintak kawen hari nie jugak", hahah bile pk macam perempuan gile pon ade. Tapi semua persiapan berjalan dengan perlahan lahan selepas saya sudah pasti pass final exam.

Baru2 ini ketika sesi minum kopi dengan teman sekerja, beliau menyatakan perancangannya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang sedang belajar di tahun akhir. response saya- biasanya mak bapak nie kalau boleh nak anak perempuan sempurnakan dahulu pengajian mereka. Tiba2 baru saya faham, kenapa CM menolak, kenapa ibu bapa saya hanya gelak2 buat tak paham bile saya mintak kawen sebelum habis belajar.

Saya bilang pada kawan saya - aku nie, dari 18 tahun dah sibuk mintak nak kahwin, tapi sekarang, aku akan rase kesian dekat gf ko if ko kawen mase die final year. Dulu aku igt mungkin 2 2 akan paham masing2 ade commitment dengan belajar, jadi aku pikir, tak payah la aku jaga makan pakai die. Tapi bile aku bace blog blog org yang baru kawen, semua akan cakap perasaan tu akan berubah sebaik sahaja lepas lafaz nikah. ko akan ade rase sense of responsibility. Aku igt aku nie jenis sempoi jer, masing masing akan jaga diri sendiri (CM dan saya terikat dengan kerja yang sibuk, satu hari paling kurang kerja 12jam). Tapi sekarang aku dah jadi lain la, aku rase lepas kawen nanti, walaupun mungkin aku takde mase nak masak, aku tetap pastikan die makan, lantakla beli mamak ke, fast food ker. Adik2 kat rumah lapar pun aku pastikan dieorg tak lapar kalau mak bapak aku takde, inikan pulak husband.

Biarlah sekurang kurangnya habiskan dulu degree, untuk bekalan. Lagipun mungkin juga faktor umur, mase degree, kite biasenya di awal alam dewasa, keliru dengan byk perkara. Terperangkap dalam ketidakpastian yang membebankan- mampukah aku habis belaja, nanti nak kerja ape dan di mana, kerja pun belum, mana nak dapat duit. Kalau ketika sambung belaja, masa tu, kehidupan sudah lebih stabil.

saya respect habis pada sesiapa yang mampu kahwin mase sedang belajar. Bukan senang......

Wah, nampaknya saya sudah menukar pegangan saya dalam hal ini. Tapi ada satu sudut dalam hati saya, yang tetap akan kata- sayang, kalau u nikah dengan i masa i umur 18 tahun, akan akan terima apa yang u ada pada mase tu jer, tak payah baju glamer, takyah pelamin, nikah pun cukuplah. Tulah, sape suruh tak kawen dengan i mase tu? kan dah kene dende dgn duit hantaran, sebab sekarang u dah kerje!

Friday, January 14, 2011

L.O.V.E

owh yesssss....... i love oldies
bile diberi nafas baru, lagu ni kedengaran catchy!!! =)) suke2
ditambah pulak dgn suara serak2 basah joss stone
tapi lagu nie agak pendek durasinya

Thursday, January 13, 2011

warisan berzaman- tulisan khat



saya dah lama mark post lynda berkenaan tulisan khat, takut hilang pula, jadi saya buat satu entry sebagai simpanan, jadi saya nak bagi tau awal2 yang gamba nie semua saya ambil dari blog lynda

saya memang peminat tulisan khat, kalau boring2 selalu jer tulis2 dalam bahasa jawi, rasenye kalau konsep melayu tradisional, boleh selitkan byk tulisan jawi nie, kat tq tag, kad n bunting lagilah boleh kan.

harus contact en zaidi bila tiba masa nak buat kad!! =)

tips- mewangikan bilik pengantin

kalau zaman dulu2 org selalu letak bunga rampai untuk mewangikan bilik pengantin
tapi, zaman sekarang ada cara yang lebih mudah, yelah, mestilah nak bilik pengantin yang wangi, baru la lebih terasa romantik. Bilik cantik yang ditambah dengan bau yang wangi, baru la nyaman jer bile org masuk.......

boleh jugak gune oil burner, tapi leceh sket kan nak jage air tu supaya tak kering, lagila mase majlis semua org sibuk... nanti tak sedar pulak air dalam tu dah kering

ada cara yang lebih praktikal, ini dia.....

room diffuser from lovely lace, ada byk brand lain, tapi yang nie antara yang femes la. ala... bile kite masuk lovely lace kan waaaaangiiii jer..... yang i tau, ade bau lavender, n rose. i rase room diffuser tu bau die akn release slow slow, jadi taklah bau tu kuat sgt. And lagi satu.... room diffuser nie jugak boleh jadi deco yang cantik macam kat bawah nie. Just tambah bunga n dapatkan vase yang cantik



cantik kan!!! bilik cantik, bau pun wangi....
atapun lagi satu, boleh jugak guna air wick aroma gel, sedap jugak bau die. Tak kuat sngat, tapi kalau baru bukak, mmg boleh bau wangi...

selamat mewangikan bilik!!