Tuesday, August 21, 2012

majlis tunang


Kali ini saya nak bercerita tentang majlis tunang saya. Ini entry pukal. Buat one shot, senang.

Mula mula nak buat yang simple saja, - tak perlu kemah, tak perlu jemputan ramai, tak perlu baju cantik, tak perlu makeup. cukup rombongan satu kereta, dan bagi cincin dan makan makan tengah hari saja.
Saya masa tu takde duit langsung. Tak mampu nak bayar apa apa.

 dah takleh sorok muke excited nak bertunang

.mak.

Tapi bagi menghormati permintaan semua pihak, buat la jugak majlis. Nasib baik ibu dan ayah bermurah hati sponsor makan. Saya usahakan tempah bunga, MUA dan baju saja - konon nak nampak cantik la kan masa 1st impression. hihi

1) baju tunang by rico rinaldi
yerp, sejak dari baju tunang saya dah buat dgn Rico, haha, taktau la Rico penat ke tak dgn saya yang selalu mintak design cantik tapi harga mau dalam bajet. Kononya masa tu baju ni nak recycle (aku ni tak sudah sudah nak recycle jer, ngeh ngeh, nak buat camne, duitnyer byk tu jer) pakai untuk 2 occasions - tunang dan convo. Tapi Kwn saya menentang habis habisan. Die kata tak boleh. Walaupun murah sila pakai baju yang berbeza utk tunang n convo, sebab itu 2 occasion penting dalam hidup saya. Baik. saya ikut saja.

Saya korek korek kain kain lama yang tak buat baju lagi . Untuk baju tunang, kain dah beli 4 taun yang lepas kot... hahahah simpan je dalam almari, tak berniat pun nak simpan untuk tunang sebenarnya. CM yang belanja saya kain ni. Saya kalau nampak kain cantik memang suka beli,lepas tu, simpan je dalam almari tak buat baju. Ini kain saree mangalore silk. Beli di Bangalore india.  Untuk convo, saya guna kain yang saya beli di Bandung 2 tahun lepas, yeay, jimat duit aku, tinggal spend duit kat tukang jahit saja.





Saya suka warna kain saree ni. Ade jugak menyesal sikit dah guna warna ni masa tunang, sebab pada saya royal purple memang nampak gah kalau buat songket untuk baju kawen.

So, jumpe Rico, tunjuk kain, terus ukur badan, Saya suka idea rico letak design kaki kain tu kat hujung baju, takyah dah buat beadings kat situ. Beading cuma kat tangan jer..... jimat jimat......


untuk dada pula, saya beli rantai ni kat sogo, rm 70. lebih jimat dari buat beadings. Masa ni otak memang ligat pikir cara cara penjimatan.  Not bad kan final product??


2)tudung by kaseh elyn
macam biasa, nak pilih kaler tudung memang boleh buat pening
kalau pilih purple nanti ujung kaki sampi ujung kepala jadi purple bergerak kang. So, saya pilih warna kuning, match dengan benang emas kain saree saya tu.

untuk inner saya beli kat pasar tani saja, rm7.5 yo!! tapi kain sedap, awning cantik terletak. Tak perlu pun beli ariani.

lepas tu, saya perasan elyn punye tudung n veil warna kuning, saya terus contact elyn, cakap nak sewa. =)
cantik kan tdung n veil elyn, simple dan sesuai utk majlis tunang. sekarang elyn pun ada bukak tempahan tudung tau.


3)handbouquet by Daun sireh
haha, dari tunang sampai ke nikah, reception kedua dua belah pihak, saya tempah dari Daun sireh.
Saya paling suka HB tunang saya antara ke empat empat hb saya. Bunga, warna dan susunan paling cantik.
Lagi satu, deal dengan taufek ni senang jer.....



2)Deco - DIY
hahahah-  aku dengan mak aku la tu....... Nak jimat punya pasal, kami 2 beranak berpeluh ketiak pikir deco bilik. Ibu tak bagi mini pelamin di luar, jadi kami kosongkan bilik saya (masa ni memang saya takde  katil pun), lepas tu buat satu corner untuk letak kerusi bagi sesi sarung cincin......
Walaupun DIY, saya puas hati, Ibu banyak bagi nasihat, barang barang hiasan semua guna je apa yang ada kat rumah. Kononnya habis konsep dalam taman la tu.








4) Hantaran DIY
Ini pun buat sendiri yo!!! cost hiasan lebih kurang rm 40 satu dulang, Ibu yang buat, Lepas tu bile nenek saya datang, die tlg sambung, Nenek saya memang suka gubah gubah ni. creative!!!! dok lipat lipat sejadah jadi kipas la ape la...... terharu dengan kasih sayang nenek.....
Tapi nenek saya kutuk towel yang saya pilih. Saya beli kaler dark purple bagi nampak macam maggis. Nenek saya kate buruk, pasal tak tahan dengan kutukan, ibu pun belikan towel kuning, nak bagi nenek saya puas hati. Sekarang saya suke hantaran hasil air tgn ibu dan nenek saya. ada sentimental value.


4) makeup by fahmi

5)jurufoto- kawan saya!!!
Saya mintak tlg kawan saya yang ade dslr yang suka ambil gambar supaya ambil gambar saya!!!!!! free!!!! Shes not a professional photographer, but somehow she loves to take pictures and she has the eyes to catch the moments. Kami dah kenal lama dekat 8 taun tinggal serumah, kadang kadang memang kami suka suki jalan jalan utk ambil gambar.
Saya tak expect apa apa, saya bilang, kau datang je ambil gambar, i wont complaint. Saya rasa bertuah kawan saya sanggup ambil gambar saya. Saya cukup gembira dengan air tgn beliau. Thanks shira cayaang!!!! nanti aku jadi advisor utk wedding ko ye.

Best bile kawan yang ambil gambar, Tak rasa malu. Lagi satu, memandangkan kiteorg dah biasa saling tolong menolong bile ambil gambar, she knows how to direct me to deliver the pose. macam, bahu ke depan sikit, muke pusing sana sikit... Saya tak menyesal langsung tak hire professional photog. jimat beribu woooo!!!
terharu beliau sanggup spend masa ambil gambar saya, sekaligus menjadi tukang comentar kalau pakai tudung tak betul, dan paling penting jadi kakak garang yang tak bagi budak budak masuk bilik mase pengantin sdg makeup.... hahaha

6)Cincin- Saya amat suka cincin tunang saya.

Walaupun bukan batu dimoind!!! saya rasa terletak cantik di tgn. Cincin ni saya beli sendiri je. Ibu jadi penasihat paling baik. Ibu sanggup teman saya masuk semua potential kedai emas di nilai tu lebih dari 5 kedai rasenye. Sampai sanggup turun shah alam nak carik cincin. rasa Besyukur sgt ibu sanggup tolong saya jadi penasihat utk cincin saya. perfect!

caterer, kemah, semua ibu yang uruskan

 the friends

 pihak penaja - hehe ibu n ayah

masa ni bakal adik ipar

alhamdulillah, saya ada keluarga yang banyak membantu, serta kawan yang sanggup tlg. Walaupun majlis tunang yang simple dah berusaha untuk berjimat, tapi tetap meninggalkan kenangan yang manis buat saya. I wouldnt ask for more. what i got is just enough. Saya bersyukur

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya

selamat hari raya semua!!!!!
 kepada b2b post raya... good luck!!! mesti gementar kan?
tapi inilah masa yang sesuai nak edarkan kad raya kepada saudara mara.
Jadi, jgn lupa dalam kesibukan mengisi duit dalam sampul raya masukkan juga kad jemputan ke sampul surat. (ehem, tapi nak kawen bajet sure ketat punye.... hihihi, i pun pernah mengalami situasi yg sama, mase nak kawen memang kedekut kemain lg)

ok, saya excited sebenarnya nak menyambut raya dengan suami, walaupun dengan jadual kerja yang sadis.... =(.

ok, saya hanya dapat cuti pada raya pertama sahaja. kemuadian raya kedua dah keje
and hari sabtu pun masih kerja sampai pukul 6 ptg... yelah... syukur la dah dapat cuti, dari tak dapat cuti langsung.... lagila menyedihkan,

so, untuk raya kali ini, saya akan pulang ke batu pahat pada malam raya, kemudian sembahyang raya di kampung..... dalam pukul 3 ptg shoot balik ke seremban semula, sebab hari isnin 6 pagi dah keje.
CM plak, lepas hantar saya kerja terus pulang ke pahang, jadi isnin malam saya tido sengsorang..... sob sob..

Saya excited nak beraya bersama suami di kampung saya. selama 8 tahun, asal raya jer... saling telefon telefon, sebab belum kawen, so kenela raya asing asing kan.... Masa tu saya sedih sgt..... sebab saya rasa hari raya kita patutnya ada bersama org yg tersayang.... tapi org yang saya sayang takda depan mata... Tapi sekarang dah kawen!! jadi pagi pagi boleh salam salam suami..... waaahh... tak sabarnya nak tunggu moment tu.
Lagi satu, sebelum asal pulang ke kampung saja, kiteorg akan tidur bersepah sepah... saya akan pakai belasah tidor kat sofa yang kosong, tapi kan sekarang dah kawen, kat manela kami nak merempat kan... haha, pastu boleh ke tido peluk peluk.... (ngeh ngeh ngeh,,, awkward di situ, mestila takleh peluk peluk di khalayak umum kan?)

harap harap dapat makan masakan nenek saya yang special di pagi raya.

itu sahaja yang buat saya teruja- pengalaman beraya dengan suami. Tak ada baju baru, Tak ada tudung baru, Tak ada hand bag baru, tak ada kasut baru..
saya tak prepare semua tu sebab saya taknak sedih, saya takut nanti tak dapat cuti raya... semalam masa pulang rumah ibu, saya pakai bawak jer mana mana baru kurung yang cantik, saya sauk sekali tudung nikah... ahaha pastu bawak sekali jubah putih masa katam quran.... agak agak pakai jubah putih tu buat semayang raya pelik tak?????? belasah je la.. dah takde baju raya, nak buat camne. takkan nak pakai baju Rico yang beadings membuak sepuluh kilometer dah nampak tu????? no no no.

selamat hari raya semua. Semoga raya anda akan bermakna bersama yang tersayang!

Monday, August 13, 2012

makeup bertunang - syed fahmi shabthar


Dah hampir setahun saya bertunang. baru sekarang nak cerita.
Majlis tunang saya simple saja. nanti saya cerita lebih panjang. cuma sekarang saya nak cerita tentang tukang solek di majlis tunang saya.
Saya suka makeup saya masa tunang. Natural, kat gambar nampak cantik. tempah fahmi seminggu kot sebelum majlis.
Fahmi pun ok, friendly.
kenapa saya tak ambil fahmi masa nikah
haha, saya gila kuasa semua makeup artist pon aku nak try.

fahmi punya makeup pun dah a few times klua newspaper.  Tak mustahil andai satu hari nanti fahmi akan jadi antara high end MUA. Fahmi punya makeup akan buat anda kelihatan manis, sweeeettt jer....
Cuma di hari kejadian, rumah saya yang panas dan tak beraircond tu, buat saya berpeluh macam air hujan makeup ade tompok sikit kat hidung. Nasib baik tak obvious di gambar.
Senang cakap, masih tersenyum melihat gambar tunang.
 hasil air tangan fahmi, kalau nak tgk muke lebam sila pegi sini..  hehe

 sesi tadah muke.

 final touchup - perempuan ni memang hari tu tatau kenapa kuat peluh kat idung. org ckp itu tandenya kuat cemburu, ye ker?


tukang solek, maaf, saya dah cuba nak bagi gambar tegak, tapi tak boleh, kalau nak tgk tukang solek, copy n rotate sendiri la ye. hensem kan????


semua gambar diambil oleh jurufoto tak bertauliah, tapi tetap buat saya puas hati , tak lain tak bukan, kawan saya shira n nad.

so sapa sapa berminat nakkan service fahmi,, ni no die-013 6249 467
boleh tgk hasil kerja beliau di sini. fuyyo.... makin byk artist mereka dah makeup rupenyer.... 
Thank you so much fahmi repair muke saya masa hari tunang =)

Friday, August 10, 2012

tips- persediaan pengantin lelaki semasa akad nikah


This is based from my own experience. Mungkin boleh membantu bakal bakal pengantin die luar, ataupun nasihat yang anda boleh bagi kepada saudara mara lelaki yang nak bernikah.

1)sediakan duit upah jurunikah n saksi - ini tanggungjawab pengantin lelaki ya. sila letak dalam sampul awal awal. jgn sampai terjadi insiden memalukan pulak, tak bagi pak imam duit, or lagi malu kalau kene pinjam duit org mase majlis... a big no no!!!!

2)bawa pen- bawakla pen yang cantik cantik sikit.... tanak la pen kilometrico.... hahah nanti kan nak masuk gambar nikah...

3)sediakan sapu tangan-Ini saya berkali-kali ingatkan CM. percayalah, walaupun tempat tu beraircond, kalau dah cuak... sure berpeluh punya. Rumah saya lagila... takde aircond, dengan org ramai berkerumun... dengan panas lampu pelamin...... CM berapa kali kluakan handkerchief dok sapu peluh... nasib baik bawak... kalau tak, bercucuran la peluh tu menitik.



4) Tolong pastikan anda pakai socks yang cantik!! presentable!! sile jgn pakai stoking yang dah berlubang!!! dan lebih teruk stoking kerja masam anda!!!!! nampak remeh, tapi sila sediakan awal awal, nanti pagi pagi kelam kabut pulak carik stoking.

5)Kalau boleh sediakan kasut yang bersih untuk dipakai di atas pelamin, nanti nampak pelik, pengantin perempuan pakai heels, pengantin lelaki tak pakai kasut. CM masa majlis, terus amek kasut kat atas dulang hantaran... nasib baik ada.

6) jangan lupa pakai singlet. Tak sexy ok kalau lelaki nampak t**ts. Dahla baju nikah selalunya putih.

so, ini antara perkara yang nampak remeh, tapi sebenarnya kalau terlupa boleh mencacatkan hari penting anda!. ada apa apa lagi nak tambah. Yang document document penting lain tu macam biasa la, IC jgn tinggal...

Wednesday, August 8, 2012

review tudung - qiss bidasari

Saya paham untuk pengantin pengantin bertudung, isu pemilihan tudung memang boleh buat pening kepala, sama ada dari sudut pemilihan tudung, ataupun warna tudung.
Ada setengah org memang anti habis habisan dengan tudung awning. Nasihat saya, jgn mudah terasa hati dengan apa yang orang cakap. Kita yang kenal diri kita sendiri. Tgk gambar gambar lama, mana yang sesuai dengan bentuk muka kita. Baru baru ni masa ke india, saya ada pakai tudung lilit, untuk gambar di depan taj mahal bersama CM. Moment itu amat penting bagi saya, mengabadikan kenangan cinta kami di hadapan monumen lambang cinta . tudung lilit nie, kadang kadang ade bad tudung day. TUDUNG SAYA SENGET!!!!!! gambar close up tak perfect.  sedih..... dahla saya ade plan nak guna gambar tu utk deco mase wedding saya.
Kemudian masa convo saya pakai tudung awning. Saya rasa muka saya nampak sesuai dengan tudung awning. dan lebih senang nak maintain. Terus saya buat keputusan, untuk tunang, nikah n sanding saya nak pakai tudung awning.  yes.... saya tahu, untuk setengah org, tudung awning ni macam errrr,,,, takde sense of fashion?????  a few designers bile saya cakap saya nak pakai tudung awning.... ade yang muke berubah... n kate, u taknak try yang mcm ni macam ni ker???
tapi saya tetap dengan pendirian saya, sebab saya tau ape yang sesuai, ape yang tidak sesuai.

Untuk cari tudung awning yang masuk dengan muka tak senang ok, Saya dapat tau pasal tudung qiss bidasari ni melalui b2b punya blog juga. Saya terpaut hati melihat hasil kerja yang cantik n elegant. saya mahukan awning yang kecik, material yang nampak exclusive tapi simple, dan masuk dengan bentuk muka. Semua criteria ni ade pada tudung qiss bidasari. Kak fida guna material chiffon, jadi, bila kita lilit ke belakang, gelombang nampak cantik beralun. Saya taknak tudung yang terlampau complex, sampai nampak berserabut masa hari berlangsung nanti. Lagi satu, saya tak mahu masukkan tudung ke dalam baju, saya rasa nampak macam tercekik, dan kalau boleh, taknak tudung inner saya tu nampak line kat tengah (kebanyakkan tudung awning ada line tengah bawah leher kan).

Deal dengan kak fida amat senang, Saya contact kak fida ikut email, lepas tu call kak fida. Saya cume kata, saya nak beadings yang simple. kemuadian saya bagi tau kak fida contoh contoh design yang kak fida pernah buat utk previous customer yang saya suka. tu jer. Kemudian saya postkan contoh kain chiffon putih and kain baju songket saya, supaya kak fida dapat carik warna yang sesuai. Tudung putih takde masalah, senang je nak carik chiffon putih.

Tapi untuk songket hijau saya................. ya allah, susah yang amat!!!!!!! Kak fida 2 kali pegi jakel carik kain. Tak jumpe warna yang sesuai!!!. Rico pun gi kedai kain tolong carikkan material, masih tak jumpe!!! saya dan ibu pakai belasah try beli kain chiffon hijau... tapi bile tgk dekat baju, tak masuk pulak......
Kemudian kak fida cadangkan warna gold, tapi macam ragu ragu sebab tak nampak kain tu.... akhirnya saya dan ibu pergi euro moda shah alam, carik warna coklat yang masuk. Sekali bila saya tujukkan kain dekat kak fida, rupanya sebijik sama dengan material yang kak fida pilihkan untuk saya. dah siap pun tudung tu, tinggal tambah manik jer... masa tu, tinggal lagi seminggu kot nak majlis..... hahha, cuak ok.


 tudung nikah yang kak fida buat.

 tudung reception saya.  Saya mintak combination warna gold, hitam n grey. supaya masuk dengan veil saya. Alhamdulillah, sesuai dengan baju saya. mula mula risau, takut caca marba.


nampak cantik terbentuk kan???? puas hati! Nak pakai pun senang jer, macam tudung biasa, tudung nie senang nak adjust ikut muka sebab kite sendiri yang taruk pin mase pakai.

Jadi pada sapa sapa yang berminat, boleh tgk hasil kerja kak fida di blog n fb.
terima kasih banyak banyak kak fida, hasilkan tudung yang cantik

Tuesday, August 7, 2012

review official photographer nikah- afnan omar


Yeay sudah dapat gambar dari afnan omar.
Impression saya-Gambar gambar itu menggambarkan apa yang terjadi pada hari itu
Saya nampak saya happy dalam gambar gambar itu.
Jadi kalau anda jenis yang suka something yang simple dan jujur... maybe afnan is the one yang anda carik.

Apa yang saya suka tentang afnan,
Afnan tak kelam kabut mintak depo. Masa saya book afnan saya masih di india. deal ikut email je... Afnan refuse to accept my money until we meet in person, borak borak n tgk hasil kerja dia. Setengah org macam tak menyempat nak kene bayar duit dulu kan.
Hihi, masa 1st time jumpe afnan belanja saya tutti frutti - my 1st tutti frutti , hahah mode jakun sebab mase tu jarang balik msia kan. Thanks nan!!! (saya tak malu amek sampai rm 20... hahaha).

Husband and I memang selesa dengan afnan. Maybe kiteorg masuk kot. Kiteorg just gelak gelak and ikut je ape yang Afnan cakap. Kalau anda tgk gambar gambar saya, memang tak nampak macam pengantin malu malu pon, Besar je mulut aku gelak kan. Just jadi diri sendiri and afnan akan shoot . =)
Afnan flexible, tak pushy, sanggup dtg hospital to deliver the final product, rumah afnan memang dekat dekat area seremban ni je.

personally, saya rasa tak rugi spend duit dekat photographer. Saya pun dah ada post pengantin syndrome-dok tenung gambar kawen hari hari. And cube reminisce perasaan masa hari tu. Betapa tersenyum lebar and happy nya saya. Antara hari paling bahagia dalam hidup saya. Grad pon tak rasa macam ni. Rasanya kalau aku dapat stret A+ pon tak rasa macam ni kot.

Saya gembira dengan gambar gambar yang saya dapat... cuma mungkin ade beberapa details yang saya wish   photographer capture. Ini silap saya. Saya ASSUME, mereka akan shoot. Tapi macam mana mereka nak tau itu penting untuk kita kalau kita tak bagi tau kan, so, kepada bakal bakal pengantin, kalau ade details yang anda mahukan photographer shoot, sila buat senarai. Sila maklumkan pada mereka n selalu berbincang kay.Mereka bukannya ahli nujum yang boleh baca telahan hati kita. Jangan jadi macam saya. Saya masa majlis dah kelam kabut, tak prepare betul betul... so, adela a few glitches here and there. Tapi secara general, saya memang berpuas hati yang saya pilih afnan untuk merakam detik nikah saya. Sampai pada expectation saya.

so, lets enjoy the pic ok.
more pic at afnan's  fb