Wednesday, April 27, 2011

hasil kepulangan kali ini

pada kepulangan yang lepas, dah settle merisik. alhamdulillah. lega.
selesai step pertama. walaupun terpaksa bersusah payah carik tiket murah. dan berlaku kejadian tak dijangka sampai terpaksa beli flight tiket dan packing dalam masa setengah jam!!!! seumur hidup tak pernah buat macam tu. Nasib baik sempat.

kepulangan kali ini, ibu dah set tarikh. =)
benarlah... kalau kite tak setkan tarikh utk satu projek tu, macam takde dateline... rase terawang awang jer. Ye... saya serahkan saja pada ibu. Tak kesahla number cantik ke... tak ker..... Asal dapat kahwen, dah cukup happy. =)

Dalam masa 2 minggu ni. Hari hari keluar. Memang sakit badan. 2 hari berturut survey dewan. Jumpe org nie, jumpe org tu.

hurm... saya tak jadi ambil dewan sri melati. Cantik memang la cantik. Tapi bile harga pun dah naik. Saya terpaksa melepaskan dewan tu. Lagipun dewan tu memang agak jauh dari rumah. Saya pilih dewan majlis perbandaran saja read=dewan ade line badminton (T_T). Pasrah. Dulu kau taknak sgt kan dewan line badminton, padan muke, sekarang dewan tu yang kau dapat.
Mula-mula memang rasa down giler... lepas search gambar dewan tu kat internet, lagila luluh hati, sampai rase nak buat majlis kat rumah saja. Tapi saya memikirkan keluarga saya lebih selesa andai majlis sebenar itu dibuat di dewan. Org tua kan pening kalau rumah bising2 mase preparation. Tak mengapalah. Asalkan mereka senang hati.

Dewan berline badminton memanglah tak segah mana. Tapi apa susah, nanti pilihla gambar yang focus pada pelamin dan pengantin, muahaha, yang nampak lantai jer kite reject!!! (ayt nak pujuk diri). Saya menerima seadanya dengan memikirkan perkara2 yang positif saja. Seperti membayangkan kesenangn hati parents bile dewan tu dekat, senang nak sediakan pelan kecemasan kalau lauk tak cukup kan. Lagipun dewan tu ada aircond, jadi, tetamu pun takkan kepanasan.

Sekarang bukan masa nak layan angan angan saja. Kene ambil kira bajet jugak. Lainla kalau bajet bukan masalah.

Built in wardrobe sudah ditempah. yeay~!!!. Dulu uncle tu dah ambil ukuran n dah bincang. Tapi tak bagi kata putus. Sekarang aku dah malas nak kesah lebih2. Dah malas nak kisah seinci dua punya ukuran.Serahkan pada yang pakar. Cheq terima saja. Yang cheq tau, masa kawen ada almari. perihal katil pula.... kalau fella sales murah giler bolehla sambar satu. Kalau takde, ikea pon bolehla...

Dan saya juga dah jumpe org yang jual dinar emas utk mas kahwen. yerp. mas kahwen saya dalam bentuk dinar emas. Kalau cash nanti, sedap jer aku buat belanja....

Rasa senang hati sebab ade progress. alhamdulillah. Semoga dipermudahkan. Esok bakal berangkat pulang....... Terbantut lagi la preparation saya... Tunggu kepulangan seterusnyalah ye.

Thursday, April 7, 2011

guest book corner

Saya selalu merasakan guest book corner adalah sungguh do able. Selepas surf surf dan cari idea, saya buat test run. kumpul bahan2 yang ade dan susun susun. Sekali bile dah siap, saya hanya mampu menggelakkan diri sendiri. BURUK!!!! hahahha. Apsal la tak secantik yang saya nampak kat wedding pictures!! =((. aah, mungkin gambar tu pop up sebab photographer pandai cari angle-itu pentingnya carik photographer terrer ye cik cik sekalian. Lagi satu, mungkin lampu lampu malap tu yang bagi pencahayaan romantic. Atau mungkin juga, tiada bunga sebagai penyeri. Saya tak pandai la menghias bunga, nampaknya, kena hire pakar la utk bunga bungaan. Ini gambar2 yang beri inspirasi, hahah, tapi bile try buat sendiri sungguhla tak jadi.


MEJA
Jeles dengan gambar nie, sebab ade typewriter lama dan buku buku lama. OK, untuk guest book corner, kita perlu sediakan meja. Kalau boleh, meja tu biar tinggi, supaya org tak terbongkok bongkok menulis. Saya pernah baca di blog xora yg berpendapat idea untuk meletakkan kerusi tak berapa bagus. Sebab people might end up duduk bersenang lenang sambil membaca catatan yang terdahulu. Akhirnya line menjadi panjang dan bile dah beratur lama, semangat utk menulis pun turun.

GUESTBOOK
saya lebih gemar ucapan2 tersebut ditulis dalam buku, dan bukannya kertas. Sebabnya saya risau kalau ditulis atas cebisan kertas, takut ada yang hilang. Tapi kalau anda ada byk masa dan seorang yang teliti, bolehla buat msg yang gantung2 kat ranting2 tu. Saya sukakan guestbook dalam bentuk coffee table album nie, sebab fungsinya 2 dalam 1. Saya akan rasa seronok tgk gambar, dan baca catitan para tetamu=). Tapi kalau takde modal, buku yang plain pun layan saja.



polaroid peeks!
B
estnyer kalau boleh letak polaroid peeks para tetamu. Tapi kene ambil kira soal modal dan...... kene lantik seorg petugas utk ambil gambar tersebut.


bekas2 kecil
Kalau saya memilih buku biasa saja, saya bercadang mahu letak confetti yang comel2 dalam bekas2 kecil, macam hearts shapes, stars, lips. Senangla org nak decorate page dieorg nanti.


vintage radio!
K
alau takda typewriter antik itu, kita boleh gantikan dengan radio lama! Ok, ibu saya ada satu, tapi taakuutnyer nak mintak! Barang kesayangan ibu itu. Heeee, Petugas yang menjaga meja guestbook ni kene pegang rotanla jawabnya, sapa yang main2 dengan radio nie kene sebat. hihi. Tapi kalau ibu tak bagi, takpela... biar kosong pun ok


vintage tricycle!
Saya dah beli satu tricycle nie semata mata nak letak atas guestbook table nanti. Tapi kalau takda, anda boleh sewa dari WLT weddings-saya ade letakkan alamatnya di gambar tersebut

Saya sukakan ranting kayu ini, Barula nampak tinggi sikit, dan senang org nak perasan, cdt to WLTweddings.

Walaupun mula2 rasa down hasil yang tak berseri langsung, tapi semangat naik baik bile saya jumpe blog sorang bride yang mase test run, guestbook corner die nampak biasa saje, tapi masa hari sebenar, nampak lebih berseri. Ada masa lagi utk mencuba.

Wednesday, April 6, 2011

lokasi majlis


sebelum ini, saya pernah meninjau sebuah dewan. Tapi masa tu, saya pakai terjah sahaja, tiada apa-apa persediaan. Akibatnya, saya macam teraba raba, tidak tahu apa yang patut ditanya. Sebangai pengajaran, kali ini, saya sediakan skema pertanyaan awal2, supaya saya tidak tertinggal mana2 perkara penting. Saya tidak punya banyak masa utk pergi tempat yang sama byk kali. Skema pertanyaan ini hasil gabungan idea saya dan diari ratu sehari

Lokasi majlis

  • Nama lokasi :
  • alamat lokasi :
  • Telefon :
  • Email/faks :
  • Pegawai bertugas:
  • Tarikh dan kekosongan:
  • Masa dan kekosongan:
  • Kapasiti :
  • Bayaran :
  • Terma -deposit tempahan

-terma bayaran

-polisi pembatalan

  • Sekatan-fotografi

-videografi

-dekorasi

-music

  • Catering-(boleh ambil luar atau tidak)
  • Meja dan kerusi-(disediakan atau tdk)
  • Meja utk guest book dan gifts
  • Kemudahan-parking

-surau

-bilik utk pengantin bersiap dan ahli keluarga berehat

  • Waktu utk mulakan persiapan
  • ukuran dewan jika ada

Tuesday, April 5, 2011

2 3 hari fikiran kacau.

2 3 hari nie, banyak bende yang bermain di fikiran saya. Saya risau memikirkan saya hanya akan ada di malaysia 6 bulan sebelum majlis. Terbayang saya akan berlari seperti headless chicken menyelesaikan banyak perkara.

Risau memikirkan bila pulang, saya akan terikat dgn kerja yang sibuk 7 hari seminggu. Jelesnya dengan org yang bekerja 9-5 n lima hari seminggu. Macam mana saya nak buat semua???? Dekat dalam kepala penuh dengan idea2, nak ini dan itu. Nak majlis kawen macam cinderella. Terbayang nak hias rumah sendiri jadi terang benderang macam istana raja sewaktu majlis berlangsung.
Kalau ada duit, semua pun jadi, upah saja orang. tapi waduh...... uwangnga enggak kecukupan siih..... mahu kerah tenaga sendiri... masanya pula enggak ada.......

Saya sebenarnya bukanla seorang yang perfectionist. Kalau ada apa2 majlis, saya bersiap macam hendak taknak saja, pakai apa yang ada. Saya tak kesah berselipar jepun ke hotel 5 bintang. Tapi saya tak tahu, kenapa bila tiba tang wedding nie, terus semua nak perfect!!! Saya menjadikan majlis kawen saya sebagai satu hadiah untuk diri sendiri. Sebagai satu celebration setelah bertahun tahun menjalinkan hubungan dengan CM. Hadiah kerana kami masih bertahan walaupun memakan masa dan terpisah sehingga berlainan benua. Mungkin itu yang buat tambah tertekan.

Tadi sewaktu saya telefon ibu, dan menyuarakan kerisauan saya, ibu kata, takpe, selesaikan satu satu, tak perlu sibuk nak potong2 ribbon, beli kat kedai pun boleh. Terus dalam hati menjerit - what if ribbon kat kedai tu tak same macam yang saya nak! . Nampaknya semangat bridezilla sudah mula meresap. Ibu cakap, kalau tak dapat buat banyak, kita buat sikit..... yang penting majlis berjalan dengan lancar...

ok, fine....... sekarang i have to keep on telling myself, tak semua yang kita nak tu dapat. Perlu belajar untuk melepaskan beberapan perkara yang di luar kemampuan kita. Saya sudah bertekad, untuk menyerahkan hal caterer dan door gift kepada keluarga. Saya tidak mampu utk perfectkan semua perkara. 2 perkara itu, memang saya tak ambil tahu langsung. Pasrah sahaja terima apa yang disediakan.

Apa yang saya selitkan dalam blog ini pun, saya sedar, berapalah sangat yang mampu dilaksanakan. Tapi tak mengapalah, semoga entry2 ini dapat memeriahkan blog blog perkahwinan di malaysia. Gambar2 yang saya simpan n cuci tu, kalau saya tak dapat buat, mungkin saya boleh buat masa majlis sedara mara, ataupun sahabat handai. Saya patut belajar utk enjoy proses persediaan ini, rugi kalau kita tak enjoy proses persiapan kawen.

Monday, April 4, 2011

..... dalam botol

huhu, rase controversy pula tajuk post kali ini.
kenapa saya dot dot dot kan depan tajuk post ini?????
sebab, anda boleh isikan tempat kosong tersebut dengan apa saja yang menjadi pilihan hati,
pasir, batu, gambar, bunga, ataupun lilin!!!!!
tak percaya??













i cant thank rai enuf for sharing in her blog about this particular supplier
  • Quality Packs http://qp.com.my/
  • add: 52, Jalan Puchong Mesra 1, Batu 7 1/2, Jalan Puchong, Puchong

sekarang dah tak perlu risau macam mana nak telan prego banyak2 semata mata nak kumpul botol2 ini