Sunday, July 31, 2011

ramadhan-syahdu

Salam ramadhan.
Ramadhan kali ini kuat sikit syahdunya. Saya gembira dengan kedatangan bulan penuh barakah ini. Semangat nak beramal. (Harap2 kekal sampai penghujung).

Saya tak tahu kenapa saya sedih sgt mengenangkan ini ramadhan terakhir saya sebagai org yang belum berkahwin. Sahur dan bukak puasa sesuka hati saya. Takda rasa tanggungjawab sediakan makan minum. Sahur air kosong atau nestum segera saja.

Saya tak nafikan, Walaupun tak sabar2 nak kawen, tapi saya sendiri sebenarnya sayang nak melepaskan status bujang saya. Hanya perlu jaga diri sendiri saja. Nanti dah kawen, kene jaga makan pakai suami. Walaupun saya kononnya nak jadi feminist, cakap semua tu bukan kerja org perempuan, semua kene buat sama2. Tapi jauh dalam hati, saya tahu, saya ada kemungkinan saya jadi isteri yang semua pun nak buatkan utk suami.

Lagi satu saya sedih sebab nanti saya dah tak exclusive untuk keluarga saya lagi, Kene bahagi masa untuk 2 keluarga. Tahun ni, saya raya di perantauan saja. Tapi Hari tu, Cm pun dah kluar ayat, mak die cakap ni thun last nak sedondon utk keluarga nanti, nanti bila CM dah kawen dengan saya, kami ade keluarga sendirik.

Ramadhan kali ni, saya nak memantapkan rohani, lagi2 nak jadi bini org dah kan, Owh, tadi saya kira2 kalau nak katam quran bulan ramadhan ni, baca 5 pages everytime lepas semayang.

Persiapan kawen pulak, depo OV n OP sudah hampir selesai, tinggal lagi sorang OP jer belum baya. Dah, nak stop kejap pasal kawen. Nak rehat. =)

Tuesday, July 26, 2011

perincian gambar

1)carik blouse or kemeja butang depan
senang nanti nak unbutton lepas make up. Kalau t-shirt nanti comot momot pule makeup. Memandangkan nikah and sanding dibuat 2 hari yang berbeza, sila sediakan 2 baju ye, barula nampak ada variasi sikit dekat gambar.

2) selendang untuk tutup rambut mase make up
segan kalau tiba2 gambar tak pakai tudung ade kat blog or fb

3)hanger cantik untuk gantung baju

4)gantung uniform kerja beserta nametag-supaya photographer dapat ambil gambar uniform keje dengan penuh artistic

5)walau macam mana lenguh pun kaki duduk bersimpuh sila jaga posture ok. JANGAN menongkat dengan tangan walaupun lenguh. Bertahanla sejam dua untuk pastikan posture cantik di gambar. hehe.

ok, itu jer yang terfikir buat masa ini. Oh, selain itu, saya harap saya tak lupe untuk assign someone untuk sediakan makan minum vendors-MUA, photog, videog, kesian dieorg datang pagi pagi, mana tau, tak sempat makan lagi, gigil gigil buat kerja. Walaupun saya bayar perkhidmatan mereka, mereka masih lagi dikira tetamu rumah saya.

yang paling penting, senyum senyum dan senyum, saya nak jadi ayu, tamau jadi bridezilla. no no no.

depo paid!!

horay!!!!!!!
alhamdulillah, photographer untuk reception dah settle, dah bayar depo!
senyum sampai telinga.
Dah pening kepala dok compare compare gambar. Dah malas nak pikir.
Sekarang kene doa hari2 encik photographer saya sihat walafiat, tak sakit dan dapat berikan yang terbaik untuk saya masa majlis saya nanti.
ramai photog buat sales bulan julai nie. jgn lepaskan peluang!!

Monday, July 25, 2011

perangai tak berubah rubah

Saya perasan, saya ada satu perangai yang sejak akhir akhir ini semakin ketara.
argh... yang empunya diri ini pun sudah amat irritating dengan diri sendiri.
Saya adalah seorang yang bilamana saya impikan sesuatu, saya akan stick to what i want.
macam dah tetap hati sgt sgt la. Kalau dah itu yang aku nak.... Aku akan usaha jugak.
Usaha tu memang akan ada... Tapi yang sakit hatinya, bila tiba masa peringkat akhir, masa dah nak buat keputusan, ataupun masa keputusan dah dibuat, masa tulah, saya akan ragu2 n pikir semula,
padahal dah bertahun tahun saya memasang impian..... Impian yang bertahun tahun dibuat, bila tiba saat akhir, masa tulah aku buat pasal.

banyak kali dah jadi bende ni.

contoh satu, Dari sekolah dah pasang cita cita untuk dapat pekerjaan saya sekarang... liku liku jugak jalan, tapi saya tak kisah. saya usahakan jugak. Sekali bile dah dapat, saya macam erk...... asal aku rasa aku macam taknak ah... tapi semuanya dah terlambat. Saya macam lupa pada diri saya sepuluh tahun dulu, kalau tgk akak akak yang di tempat saya sekarang.. memang pandang dengan penuh admiration.

contoh 2, Dah bertahun dengan CM. Dari tahun 1 sibuk mintak kawen. Sekali lepas parents CM dtg... dah tercuak... macam betul ke nie, betul ke ni... Mengada ngada kan, ini impian bertahun, bila tiba peringkat akhir nak menggedik pulak takut takut.

contoh 3, Saya nak MUA itu jugak, walau call berkali tak angkat, Usaha jugak call dan call, semua channel aku guna, sms, FB, call hp. Yakin gila dah ni nak yang tu, Sekali bila bayar depo, datang dah perangai 2nd thought aku tu. GRRR!!!!

Photographer pun same, dah bertaun ko stalk hasil kerja die dan berangan rangan kan........ dah beremail habis habisan dan gedix2 kejar segala promotion, Dah nak finalize dah ni, datang lagi penyakit tu. Masa nak dapatkan something tu memang focus gile2. Tapi bila nak menjayakan tu.... Masa tulah saya pikir macam macam. Padahal, dah buat research semua sebelum tu, Yang lain semua saya tak pandang kalau itu yang saya nak sgt, Tapi kenapalah bile nak finalize mase tu saya pikir macam macam....

Saya paling takut nanti masa dah kawen, mase tulah saya rasa taknak kawen. Macam mana ni. Macam mana saya nak ubat penyakit ini?

*ini memang entry yang penuh kekusutan

Friday, July 22, 2011

berterus terang sajalah...

Pengalaman deal dengan vendor2 kebelakangan ini banyak mengajar saya.
Biasanya kalau saya email mintak quotation, memang berbalas. Tapi ada jugak tak berbalas, busy sgt kot.... tapi kalau tak berbalas tu memang tak dapat la nak step seterusnya.

Memang boleh rasa down bile ada yang kita dah idam idamkan sejak bertahun harganya is way out of our budget. Mula2 bila dah dapat quotation memang terdiam... tak dapat pikir kejap... lepas tu, saya biarkan saja email tu. Kadang2 email berjela jela tanya itu ini, lepas tu tiba2 tak mampu pulak kan. Mula2 saya macam malu la kan nak cakap- after bincang with my other half, kiteorg terpaksa lepaskan this promotion, its way out of our budget.
Thanks for spending your time answering all my inquiries.

Tapi kemudian saya belajar untuk berterus terang saja- terima kasih , tapi harga yang u berikan lebih dari bajet saya. semoga u terus dapat membuahkan hasil yang cantik2.
Mula2 memang susah la, and rasa macam kene tebalkan muka. Tapi lama kelamaan saya seronok bila dapat berterus terang. Sebabnya, dengan berbuat macam tu, saya dapat apa yang saya nak dan masih dalam budget

Buat apa la nak malu, dah memang takda duit nak bayar. kang kita ambik jugak, nak bayar camna? vendor susah kita pun susah. Ada yang lepas saya bagi email macam tu, diam... tak cakap pun, dieorg boleh kurang lagi ke tak. Ada yang reply and tanya apa budget kite, die boleh try untuk sesuaikan. So, saya dan vendor try to work something out from my budget. Kalau dah mintak kurang, memang ade yang die akan potong from package tu. Kene terimalah, nak wat camne. Tak semua yang kita nak kita boleh dapat.

So, pengajaran yang saya dapat, kalau u betul2 nak vendor tu, email je quotation, then kalau rase ade u betul2 suka, tapi tak dalam budget n kalau kurang sikit boleh masuk dalam budget, berterus terang saja. Mana tau, rezeki kita, vendor boleh ikut our budget. Theres no harm trying, Dan kalau dieorg tak boleh kurangkan harga, apa susah, cakap terima kasih, move on and usaha lagi carik yang lain. =)

Sunday, July 17, 2011

photographer

dalam banyak2 perkara, saya paling paling paling pening bila fikirkan pasal photographer
saya rasa photographer amat amat amat penting
ada photographer yang menjadi idaman, tapi bile dapat quotation, aduh, macam tak mampu jer.
saya seorang yang sukakan gambar.
paling suka gambar yang ada rasa. Macam bila kite tgk jer gambar tu.... gambar tu macam bercerita.
photographer yang bagus memang ada style die sendiri.
haisy, memang harga menjadi halangan betulla. Ada jugak yang harga ok and saya boleh terima hasil kerja mereka. Macam tulah.... demi duit, pilihan kedua ketiga pun, terimalah seadanya.
Tapi, bila dah tgk banyak sgt gambar, saya memang jadi pening dan confuse....

kadang2 rasa macam dah berat hati nak pilih yang nie. Tapi saya macam tak berani nak letak depo tanpa jumpe sendiri photographer tu. Saya nak tgk sendiri quality album, saya nak rasa sendiri, saya dengan photog tu ade chemistry ke tak. Saya suke kalau photog tu dapat guide saya utk pose daripada biarkan saya sorang2. erk, pernah ada photo session, sejam jer pon, tapi seyes kering idea. lagi best kalau photog dapat guide saya. Tapi memandangkan keadaan saya sekarang, saya hanya dapat jumpe mereka selepas 2 bulan. Tapi.... bulan julai ni, byk betul yang buat promotions. Pening2..... Patut ambil risk letak depo utk keja promotions ke, patut tunggu betul2, jumpe betul2 bincang dengan dieorg, takpelah terlepas 20% 30% discount asalkan jumpe yang betul betul berkenan di hati. CM cakap, awak tu cerewet, saya cadangkan awak balik sini dulu and jumpe dieorg baru decide. Patut ikut cakap CM ker, biarla kalau photog idaman dah dibook org pun, itu maksudnya takda rezeki. maksudnya mungkin itu bukan bulan yang terbaik utk kita. Patutkah saya bersabar sehingga pulang ke malaysia??

keliru betul.

kursus kahwen

perihal kursus kawen
entah bila la nak pergi kursus kawen ni, sebenarnya saya dah attend kursus kawen 7 taun lepas, hahha, tapi mana ntah letak sijil tu
rasa macam nak gi lagi sekali la, kesian pulak CM sorang2 gi

a few b2b ade buat review pasal kursus kawen kat masjid negara ni
agak berminat jugak, lagipun kursus ni di bawah pusat pembangunan keluarga islam
harapnya banyak la ilmu kekeluargaan yang dapat nanti.

http://kursuskahwinppki.com.my/