Monday, February 21, 2011

inspirasi susun atur majlis nikah

salam...
fuuh... berjam jam saya habiskan untuk buat research untuk mencari susun atur di majlis nikah. Pada saya planning untuk susun atur ini amat amat penting. Kedudukan ini akan menentukan apa yang akan terpapar di gambar kelak. Kalau kita dah susun dengan cantik, senang untuk OP mencari angle yang sesuai, contohnya nak masukkan muka pengantin lelaki dan perempuan dalam satu gambar. Pada saya, majlis nikah penuh dengan emosi, ekspresi muka pengantin dan keluarga masa nikah lain dengan majlis kenduri kahwen yer. Masa nilah debar pengantin jelas terpancar di muka.

Lagi satu, kalau awal2 dah rancang kedudukan ini, sekurang kurangnya kita dapat kawal, sapa yang berada berdekatan dengan kita. Mestilah kita nak kaum keluarga ada di samping kita. jadi, kalau kita dah plan awal2 dan tetapkan org untuk memastikan susun atur nie, takdelah jadi insiden kite mintak tetamu beralih tempat. Takut ada yang terasa pula, sedangkan itu bukan salah mereka, dah takde sape yang cakap tenpat tu khas untuk pengantin dan keluarga.

Pelan ini dibuat oleh saya, dan gambar2 saya ambil dari blog daniel zain

Pada pendapat saya, ini susunan yang paling cantik. Pengantin perempuan akan dapat view yang jelas sepanjang majlis berlangsung. Muka pengantin perempuan, lelaki dan ayah pengantin perempuan juga senang dimasukkan dalam sekeping gambar. Saya juga suke dengan idea di mana pengantin perempuan duduk semasa upacara nikah, dan hanya akan berpindah ke kerusi untuk sarung cincin. Kalau dari upacara nikah dah duduk atas kerusi, pengantin perempuan akan nampak 'tinggi' . Tetapi untuk sarung cincin, saya rase lebih selesa sekiranya pasangan mempelai duduk di atas kerusi tinggi sikit, penat kan dah bersimpuh dengan lama.




susun atur ini pula inspirasi dari majlis nikah sab. Ehem, saya tahu, ramai b2b yang adore majlis nikah sab dan menjadikan majlis sab sebagai rujukan kan. Kebiasaannya tuk kadi memang akan minta pengantin perempuan duduk di belakang pengantin lelaki. Kalau boleh, kita memang nak dekat dengan pasangan kita dan beri semangat, betul tak. Kelebihan susun atur ini, adalah kaum keluarga ada berdekatan dengan pengantin pengantin perempuan. Saya kalau boleh memang taknak sorang2. Saya mahu ibu dan adik2 saya mengelilingi saya semasa proses pernikahan.


Susun atur yang juga antara yang menjadi pilihan kebanyakan pengantin. Pengantin perempuan dapat melihat ekspresi pengantin lelaki dengan jelas. Pengantin lelaki pun boleh jeling pengantin perempuan untuk dapatkan semangat. Saya rasa, kedudukan ini macam satu simbolik bapa pengantin akan menyerahkan puterinya pada pengantin lelaki. Cuma, kekurangan susunan ini, akan menysahkan OP nak selitkan wajah pengantin lelaki dan perempuan dalam satu frame.



Saya selitkan juga antara gambar2 koleksi saya yang lain, mana tahu dpt memberi idea pada b2b yang lain





Wednesday, February 16, 2011

waktu nikah

ada 3 pilihan untuk majlis nikah
1) nikah masjid lepas asar, followed by jamuan dekat rumah
2)nikah masjid pagi followed by jamuan dekat rumah
3)nikah masjid pagi followed by jamuan dekat masjid

kalau boleh saya mahukan akad nikah dilakukan pada waktu malam...
saya berangan nak nikah saya macam fairy tales.... dan dipenuhi fairy lights.

ibu cadangkan majlis nikah dibuat di masjid selepas asar, followed by majlis makan2 dekat rumah lepas margrib. Kalau saya ikut cadangan ibu, saya akan dapat impian saya itu

but, there are a few things that i have to consider,
-makeup 2 kali-for akad n majlis makan since there is marghrib in between, orang yang makeup tu sanggup ker stay and tunggu untuk makeup i 2 kali, plus bayaran sure bertambah.
-kene spend on the decorations untuk rumah
-have to rent a place for husband's family to rest while waiting for the night to come
-takut family penat nak kemas rumah, and esok pagi bangun lambat pulak untuk reception kat dewan!!!!!!

Apa yang saya nampak, lebih masa, tenaga dan wang perlu diperuntukkan.

the most suitable time for akad is actually in the morning, since u dont have to clean your makeup untuk sembahyang untill zohor. Now im left with 2 other options-makan2 di masjid atau di rumah. I can save a lot if we hold the jamuan makan in the masjid. Tapi, kalau boleh nak jugak buat majlis dekat rumah, biar rumah tu berseri sikit, it wont feel like home unless important events in your life being done there.

haisy..... confusenyer.... itu belum lagi tiba tang masjid.

im torn between these 2 masjids, dua2 ade pros n cons


Sunday, February 6, 2011

pelamin kerawang


bile saya tgk gambar ini, saya memang jatuh hati!! (gambar diambil dari nazim zafri punye blog rasenyer)

konon konon habis tradisional la tu. Sebelum ini, memang dah ada nampak pelamin kerawang, tapi tidak pernah melekat di hati. Terus google pelamin kerawang.

hamek!!!!! memang jelas unsur kerawang

Ada satu sudut dalam hati saya yang mudah terpaut pada unsur unsur tradisional. Kalau boleh mmg nak selit selitkan unsur tradisional. Tapi saya tak dapat menidakkan keinginan saya untuk unsur2 romantik dan lembut. Ya, saya suka tradisional, tapi pada pengamatan saya, bila unsur tradisional mendominasi, saya rasa, akan nampak keras. Sebab kerawang kayu tu banyak sangat, n bunga2 segar kurang digunakan. Nanti kat gambar pun tak rase romantik, sebab background nampak keras... Saya sukakan effect lembut bilamana bunga2 segar dan kain yang lembut jadi background.

Rass deco selalu guna pelamin kerawang

tapi bile belek2 masih kurang melekat di hati. Lepas saya study gambar2 itu, saya sedar, saya kurang minat dengan pelamin kerawang yang empat segi. kerana saya kurang berkenan dengan bucu2 tu. Saya suke yang berbentuk kubah atau separa bulatan





gambar2 diambil dari sini

Pada saya, unsur kerawang sikit jer kat belakang kerusi tu dah cukup sebagai penyeri, macam gambar kat bawah nie. Saya rasa, satu sofa panjang lebih cantik, hehe, boleh duduk rapat2.


(nak curik kerusi n kerawang kat belakang saja ye)
cdt to http://nabies.fotopages.com/

mmg jatuh cinta habis dengan pelamin thejentayugallery. Nampak tak, unsur tradisional jelas(kerawang n songket), tapi still nampak lembut dan romantic, mugkin sebab dominasi warna putih dan effect yang diberikan oleh langsir. Pelamin ini menduduki tangga teratas di hati saya!

yang ni pulak dari rizalman (i love love love rizalman's deco, simple yet classy!!)
unsur kerawang tu sikit jer kat belakang kerusi, ditambah dengan ukiran awan larat
lepas tu letak kusyen banyak2.


gambar dari thepoetryofflowers

Kalau susah sgt nak dapat kerawang tu, suruh decorator susun bunga bagi bentuk macam nie pun ok. Perhatikan, bentuknya tak jauh beza.. separa bulatan.

selain pelamin kerawang nie, saya juga jatuh hati dengan pelamin roman, kalau ade mase, boleh study pelamin roman pulak. ta ta!!!