Thursday, August 18, 2011

Penyeri meja


Tumpukan pada tengah meja.
Biasanya kalau buat kat dewan sebaguna, Caterer akan letakkan tissue, air mineral, dan bekas air basuh tangan, Maka centerpiece dah tak jadi satu satunya yang berada di tengah tengah meja.
Lagila kalau bajet ciput, yang mampu hanyalah sekuntum bunga hidup untuk setiap meja, alahai... Saya rasa, macam baik ditiadakan saja bunga sekuntum itu, kerana sah sahla tenggelam dibalik bekas basuh tangan yang besar dabak tu.

Saya hampir2 taknak buat centerpiece, sebab saya tak rasa ia akan menonjol, Ini masih diperingkat perbincangan dengan ibu. Criteria untuk centerpiece saya, mestilah murah, tinggi, simple, tapi bolehla sebagai penyeri

Mula2 rasa nak tempah, tapi MAHAL. paling2 pun rm 10 satu meja.
Kemudian kalau nak DIY guna bunga hidup, isy.... sapela yang nak gi KL pagi2 nak borong bunga. saya tinggal di sempadan n sembilan. Menyusahkan diri pulak, jadi, bunga hidup memang saya pangkah.
Kemudian saya rasa nak letak gambar, tapi malu pulak gambar sendiri kat tgh2 meja mase org makan. Tengok pengantin atas pelamin cukupla.
Jadi saya rasa, tempah jer dari vendor dan mintak dieorg design kad yang ada tercatat nama pengantin n tarikh


Secara ideal, saya suka kalau dapat pemegang kad yang tinggi macam ni, Sah sah lagi tinggi dari bekas basuh tgn tu, Tapi kalau kat hotel bolehla request, Kalau kat dewan serbaguna mana la nak carik.


CM cadangkan letak bongkah and cover dengan kain satin, lepas tu baru letak letak frame ikea ni kat atas, Tapi saya rasa, leceh pulak nak buat bongkah banyak2, cost kain satin lagi, frame ikea haga 4-6 rm, kalau dah 30 meja nak dkt 250 jugak, lepas tu nak buat ape dengan frame banyak2 tu.

Lagi satu idea menarik, letak dalam benang ni, hihi, tapi lepas tu nak buat ape la dengan benang tu? buat mengait cadar katil pun boleh ni.

Kalau yang ni, kene beli pasu byk2. (berapa la harganya ye). lepas tu saya rasa, gantikan bunga segar dengan tisu or bunga kertas. (tapi kene carik masa nak buat, kalau spend masa buat deco untuk guest book corner berbaloi la jugak, saya taknak habiskan masa yang byk di centerpiece, sebab saya tau pastu tenggelam dengan bende lain kat tgh meja tu)

last2 saya rasa, yang paling senang, letak dalam botol kaca, isi dengan pasir bagi berat n sebagai tapak untuk cocok lidi, hiaskan botol dengan ribbon. Murah pun murah, botol kaca less than rm 1. pasir boleh carik kat mana2. Cuma kene carik batang lidi yang cukup panjang.

Lain2 centerpiece yang cantik juga.



4 comments:

Cik Lijah said...

mula2 nak DIY centrepiece, tp since pakej canopy ade centrepiece..tak jd DIY....hehehe....

tapi suka idea placeholder tuu...boleh la buat utk cop tempat rombongan lelaki....eh, main cop2 plak ye....hehehe

ha...utk envelope, syaliz boleh beli kat mydin gak.....ade mcm2 saiz utk kad....atau kalo nak lagi cantek, nak coloured envelope, boleh beli kat juscco....die kire harga timbang...but a bit pricey la...hu3

lady syaliz said...

pening la pikir bila ada bekas basuh tgn tu, kalau takde, sekuntum bunga pun dah menonjol, =(

wah, macam2 bende murah kat mydin ye! thanks cik lijah for the info! suke la kad kamu!

Renee Meow said...

i love yg vanillafloral tu..sgt cute..!! :D

lady syaliz said...

iye!! kalau la duit bukan penghalang....