Friday, August 10, 2012

tips- persediaan pengantin lelaki semasa akad nikah


This is based from my own experience. Mungkin boleh membantu bakal bakal pengantin die luar, ataupun nasihat yang anda boleh bagi kepada saudara mara lelaki yang nak bernikah.

1)sediakan duit upah jurunikah n saksi - ini tanggungjawab pengantin lelaki ya. sila letak dalam sampul awal awal. jgn sampai terjadi insiden memalukan pulak, tak bagi pak imam duit, or lagi malu kalau kene pinjam duit org mase majlis... a big no no!!!!

2)bawa pen- bawakla pen yang cantik cantik sikit.... tanak la pen kilometrico.... hahah nanti kan nak masuk gambar nikah...

3)sediakan sapu tangan-Ini saya berkali-kali ingatkan CM. percayalah, walaupun tempat tu beraircond, kalau dah cuak... sure berpeluh punya. Rumah saya lagila... takde aircond, dengan org ramai berkerumun... dengan panas lampu pelamin...... CM berapa kali kluakan handkerchief dok sapu peluh... nasib baik bawak... kalau tak, bercucuran la peluh tu menitik.



4) Tolong pastikan anda pakai socks yang cantik!! presentable!! sile jgn pakai stoking yang dah berlubang!!! dan lebih teruk stoking kerja masam anda!!!!! nampak remeh, tapi sila sediakan awal awal, nanti pagi pagi kelam kabut pulak carik stoking.

5)Kalau boleh sediakan kasut yang bersih untuk dipakai di atas pelamin, nanti nampak pelik, pengantin perempuan pakai heels, pengantin lelaki tak pakai kasut. CM masa majlis, terus amek kasut kat atas dulang hantaran... nasib baik ada.

6) jangan lupa pakai singlet. Tak sexy ok kalau lelaki nampak t**ts. Dahla baju nikah selalunya putih.

so, ini antara perkara yang nampak remeh, tapi sebenarnya kalau terlupa boleh mencacatkan hari penting anda!. ada apa apa lagi nak tambah. Yang document document penting lain tu macam biasa la, IC jgn tinggal...

1 comment:

KKU et.al said...

useful..cmne plak persediaan utk akad nanti..means apa yang boleh saya lakukan sebelum saya berhadapan dengan jurunikah nanti especially ilmu didada..