Sunday, May 1, 2011

Tips mencari idea


hasil kepulangan hari ini, saya dah borong banyak magazine sebagai bekalan utk mencari idea. excited!!! mase kat rumah takde mase sgt nak selak2 magazine tu, sekarang ni barula ada masa.
Best!!!
owh, saya amat suka dengan majalah pengantin yang ade gambar faezah elai. Saya rasa pengisiannya informatif!! amat sesuai buat saya yang sedang merancang di peringkat awal ni. Masih belum sempat baca dari kulit ke kulit. And dalam tu ade contoh majlis yang buat traditional meets modern concept!!! yeay!!!

Saya tau ramai b2b dapat share idea dari laman laman blog b2b. Big thanks to those yang bermurah hati share2 idea. Sharing is sexy org kata. Selain majalah2 pengantin, ade lagi source2 lain yang amat membantu utk kita mencari idea.

Saya lebih gemar idea dalam bentuk bergambar. Bak kata org, A picture tells thousand words. Sebab tu saya suke tgk website wedding photographer. Mata dieorg dah dilatih utk tangkap wedding details. gambar2 tu memang dah zoom the details. Selain idea pose2 menarik,boleh dapat idea deco, baju, warna. Kalau mati idea, saya memang akan ke website mereka. Just bukak mata n tenung gambar2 tu. Lagi senang kalau u tau ape yang nak dicari. Saya sekarang sedang bukak mata luas2 utk survey cincin yang menarik hati. Untuk setiap wedding photog mmg akan zoom gambar cincin.

Kalau majalah, jgn tumpukan majalah pengantin saje, Majalah seni hiasan dalaman n lanskap pun boleh bagi idea. Idea utk bilik tidur itu sudah tentu. Macam baru2 ni, sempena sambutan easter, majalah luar negara byk paparkan idea berkaitan telur yang mungkin boleh kite gunapakai untuk presentation telur masa majlis nanti. Idea2 yang bermain dengan doily paper, lantern dan bunga-bungaan segar pun byk-amat membantu utk mereka yang mengimpikan garden wedding.

Macam saya yang mengimpikan majlis yang yang berkonsepkan melayu tradisional, saya rase agak mencabar nak carik idea, sebab most b2b akan pilih vintage or modern kan. Tau tak buku apa yang saya selak berulang ulang kali??? Tak lain tak bukan, buku dua dunia satu cinta!! buku perkahwinan ning baizura.
Perkahwinan Ning memang dikampungkan habis habisan. Nampak meriah. Dari kad kahwen, pre wedding peek, sampailah ke majlis persandingan, takde satu pun yang tak berjaya dikampungkan. Details memang menarik. Jadi pada yang nak terapkan unsur2 perkahwinan melayu, boleh cuba google majlis ning ye!
*theme pre wed mereka juga amat menarik, macam zaman uda dan dara bercinta di bawah pohon bambu.