Thursday, November 18, 2010

berkenaan bunting



ada macam2 style, ade yg pilih buat macam poster movie, tapi.....
saya tertarik dengan idea ini.

maaf, saya lupe dari mana saya copy

sekurang kurangya bila org baca, secara tak langsung mereka akan mendoakan pengantin.
dengan harapan doa2 jemputan memberi keberkatan pada pasangan pengantin.
doa yang same macam lagu maher zain tu... syahdu jer bile dengar..




heeee... baru suka dengan doa saja... untuk gambar, belum lagi dipikirkan.
ada yang letakkan gambar ibu bapa pengantin di bunting, tapi rasenya saya suke yang simple, kalau nak bagi tetamu kenal sape tuan rumah... mungkin boleh sediakan corsage atau wedding badge.

cdt to sab





Monday, November 15, 2010

tema perkahwinan

baru2 nie bile tgk gambar kahwin ibu, terus rasa suke.
bajunya simple saja. baju kebaya, baju pahang...
tapi bile tgk baju2 tu... rase macam timeless
aaaah.... i love timeless wedding
sepatah kata rizalman dlm blognya- jgn terlampau mengikut trend, kerana gambar kahwin adalah yang akan ditatap dalam 10 20 30 taun yang akan datang

saya sudah ada gambaran kasar tentang majlis saya.....

majlis nikah-saya mahu yang lembut.... kalau boleh nak macam fairy tales....mahukan sesuatu yang tenang..... romantic.

reception- melayu classic!!! saya mahukan kemeriahan majlis kawin macam majlis melayu di kampung!!! ning baizura sendiri buat concept tu ok!!! erk... tapi make up tak kot.... rasa tak sesuai la muke dengan gincu merah menyala tu. kalau muke saya nie macam model, dah lama saya on jer dgn idea itu!!!!
saya betul2 mahu jadi raja sehari di atas pelamin- dengan persembahan tarian(haha over tak?)
tapi... mungkin agak mencabar jugak nak mencarik vendor utk majlis mcm nie.sebab trend sekarang, byk yg suke western style.

bertandang- yang nie tak pikir dengan detail lagi. tapi yang pasti majlis nie kalau boleh nak mesra tetamu sehabis boleh. kerana rasenya kebanyakan kawan2 kami akan ke majlis CM.

these hantaran fit my taste perfectly







terjumpe entry ini die blog renee meow.
bile tgk gambar2 hantaran rekateemor, owh terus hati meloncat kesukaan.
sudah lama mahu mencari contoh hantaran ini.
ayah saya selalu dapat hamper mase hari raya, ada hamper yang cantik disusun di dalam bekas yang beranyam, saya suka.
rasenya cantik kalau hantaran diletak dalam bekas beranyam
dah puas google, tapi tak jumpe pulak gambar yang berkenan
selain bakul beranyam, saya juga ada terpk hantaran yang cantik terletak dalam nyiru



saya suka bekas beranyam- nampak kemas hantaran diletak dalam bakul atau dulang. lagi satu, nampak unsur tradisional, dan saya sukakan tekstur anyaman.

saya sukakan yang classic- unsur songket, bekas2 tekad(entah betul entah tidak ape yg saya cakap ni)

tapi kalau boleh tknkla plain sgt.... kene pikir cara nak naikkan serinya.

pada mulanya, igtkan tknk hantaran. lepas tu tukar 3 berbalas 5, sekali mak CM cakap, kalau 3 jer, sikit sgt nanti org nak bawak... pulak dah.... kalau macam tu..... isi je la dgn kuih muih ke ape.

owh reka teemor, andalah vendor idaman saya.... kalau ade rezeki lebih, ill hire u!!!

cantik pulak tgk hantaran nie diletak atas kain songket, rasenyer letak atas kain saree pon ok nie!! baik kuborong saree panjang pun ok, 6meter kan...