Thursday, November 1, 2012

review MUA laila rohani


yang sebenarnya saya rasa bersalah pada follower saya, kerana sudah lama tak update, tapi masih ada yang sudi follow saya.
taktaula, sekarang mood untuk update blog mcm kurang, lagipun saya hanya banyak buat review, bukannya bagi idea pada bakal pengantin pun, hihi maaflah kalau ada yang bosan baca cerita cerita saya.

ok sekarang saya nak review makeup bertandang saya,
hasil air tangan MUA tv3 laila rohani, saya dapt tau dari blog reneemeow
terus contact kak laila
dari segi layanan dan attitude saya berpuas hati. friendly...
tak sombong pon,  datang ontime
dari segi makeup, pun puas hati.
mugkin saya jenis tak cerewet kot....
 so saya terima saja, asal nampak cantik.




saya tak tau kenapa, asal tgk gambar bertandang, saya rasa makeup kak laila menonjolkan sisi wajah saya yang ke arah india, hihi (mase kat india org pernah igtkan saya rakyat tempatan).
Tapi best jugak, guna khidmat mua yang berbeza, muka pun jadi lain lain.


sama macam kak sue, kak laila pun menata rias wajah pengantin lelaki and siap pakaikan sampin... terima kasih wahai para mua yang berkhidmat dengan saya.



bersama anak sulong kak laila... yang tolong siap siapkan saya pakai baju, =)


close up make up kak laila

ok, macam biasa mesti semua nak tau rate kak laila, antara 500-600 rate tahun 2011, tak termasuk pengangkutan ye.
no kak laila 017 3470335.
boleh hubungi beliau jika berminat.

Tuesday, October 16, 2012

puteri gunung ledang


Bila tgk gambar ni jer terus feeling puteri gunung ledang
(background lagu m nasir n siti nurhaliza... cinta ini hakikatnya..... lalalala)

Wednesday, October 10, 2012

Lagi contoh suai dan padan

Anda boleh baca di entry ini macam mana saya recycle tudung dan veil tapi pelbagaikan baju dan accessory kepala.

Pengantin ni pula recycle baju tapi tuka accessory kepala dan gaya rambut

Masih nampak berbeza kan????

harap dapat bagi idea pada b2b di luar sana supaya dapat berjimat. gambar, cdt to rico rinaldi

Baju hasil tangan rico rinaldi, antara hasil kerja beliau yang saya suka. simple dan sweet.
pengantinnya pun sweet juga.


Perhatikan gaya rambut yang simple dengan bunga hidup sebagai penyeri rambut.
pengantin lelaki pula memakai suit 

 Sekarang  gaya yang lebih formal and elegant.
Rambut di sanggul kemas dan tiara ala ratu greece (pandai pandai je aku menamakan tiara ni ala ratu greece, haha sila jgn percaya apa yang saya cakap ni)

Pengantin lelaki pula sudah transform jadi pahlawan melayu (idea bijak, suit boleh dipakai pada majlis rasmi yang lain, baju songket melayu putih ni pulak senang nak sewa. Lagipun baju lelaki kan murah sket, yang pompuan pompuan macam i ni yang mengada ngada nak baju designer, jadi apa kata recycle saja baju designer anda, hihi dpt jimat)

veil labuh, dah berjaya beri impak yang berbeza pada keseluruhan penampilan pengantin berbanding dengan gaya yang pertama.

Harap entry ni dpt bagi idea pada pengantin di luar sana untuk berjimat. =) mungkin dapat membantu sapa sapa yang ada sampai 5 kali majlis tu, tak payah sampai 5 persalinan, 3 dah cukup, lepas carik idea untuk suai padan agar anda masih boleh nampak berbeza.
Tapi kalau anda mampu ada , takde masalah nak tempah sampai sepuluh baju =)
Senang kata, ukur baju di badan sendiri


Monday, October 8, 2012

REVIEW CATERER: SRI PAYUNG


Ada pengantin sanggup keluarkan belanja yang besar untuk makan.
Saya pernah menghadiri majlis kawen yang memang byk gile menu
sedap sedap.
Tapi bila pilihan terlampau banyak, saya sampai tak tahu nak pilih yang mana

Saya berpendapat, untuk pemilihan menu, sila pilih combination lauk yang 'masuk'
complete dengan rasa lemak, manis, masam, pedas...
Untuk caterer, saya mengambil jalan tengah, tidah terlampau murah, tidak terlampau mahal.
Saya nak yang sederhana saja.

Alhamdulillah, masa majlis saya, ramai yang menambah, lauk pun cukup cukup, tak banyak yang lebih, senang hati keluarga pengantin.

Saya rasa, dikalangan blogger, anda nama sri payung pasti sudah tidak asing lagi kan.
Saya tertarik hati bila terbaca review dari ika radisuite, dan dari eli
point pertama yang buat saya tertarik hati, bila 2 2 puji kak ros amat seang nak deal.
point kedua, bila saya tgk harga pakej yang ditawarkan, yang pada hemah saya, antara yang berpatutan, rm 10 satu kepala
point ketiga setakat review yang saya baca, semua kemain memuji lauk sri payung.

Saya usulkan pada ibu pakej yang ditawarkan dari sri payung, kemudian saya email kak ros dan tanya dengan lebih lanjut,
kak ros terus kluarkan quotation.
Memang kak ros pandai layan customer, tak pushy pun.
Mak saya kemudian ke pejabat sri payung untuk food testing.

kami juga ada request utk tukar sayur kepada nangka masa lemak,(nangka lemak dia, memang sedap tau... lembut je nangka die))
daging rendang hitam, ayam percik,

Ramai jugak yang cakap sedap.
Ade beberapa org tetamu memang ambil card caterer dan tempah sri payung untuk anak mereka punya majlis
Kawan saya pon makan bertambah tambah
service ok, memuaskan,
on time
kaki tangan cukup.... bersih
kami satu keluarga tak ambil kisah pun pasal makanan, semuanya sri payung yang uruskan
kami sibuk layan tetamu saja. semua teratur je bawah pengawasan sri payung

Lagi satu kak ros rajin kongsi tips, macam mana nak jimat, kak ros boleh saja tak ajar tips nie, boleh die kaut untung ribu ribu.... tapi  kak ros ikhlas, kak ros tak suke makannan terbazir

ok, mari saya kongsikan tips yang saya dapat.

untuk bajet jumlah tetamu, antara formula yang org pakai, bilangan card, times 3, lepastu ambil 75% dari jumlah anggaran tetamu,
contohnya klua 300 card,
so 300x3 x 75%.
secara teorinya, kita anggap setiap card yang dikeluarkan akan bawak 3 org, and biasanya 75% tetamu akan datang.

tips no 2, let say harga satu kepala rm 10, jumlah jemputan 1500
tak perlu order untuk 1500, order untuk 1200 org, tapi yang lagi 300 org tu, hanya tempah nasik, ayam dan daging, so itu lebih kurang rm 6 saja
tak perlu  tempah sayur untuk 300 org, sebab kadang kadang org cuma nak kuah jer
untuk ayam dan daging takleh nak bajet, sebab kalau takde, nampak mcm tak cukup lauk pulak.
bayangkan jimat rm 4x300, tak ke penjimatan rm 1200 tu.

diharap tips saya dpt membantu bakal pengantin di luar sana,
kalau anda tanya saya, saya memang tak menyesal langsung pilih sri payung. =)

Thursday, October 4, 2012

veil nikah dan bertandang


Kalau anda baca entry saya yang terdahulu, anda mungkin perasan saya ni ratu recycle
Kalau boleh semua pun nak recysle.
untuk tudung, saya dah pening kepala nak pakai tudung macam mana untuk reception
dahla saya memang nak berjimat habis habisan untuk bertandang.
Saya pakai sahaja balik tudung dan veil nikah saya.
Cuba tgk gambar. Masih nampak berbeza kan?




untuk nikah saya letak bling bilng kat tepi tudung tu,



Untuk majlis bertandang pula saya gantikan dengan tiara ala ala ratu greece gitu.
Bila tgk balik gambar, tak sangka pula memang nampak berbeza,
mungkin ditambah dengan style makeup yang lain, serta baju yang lain.
Untuk kasut pun saya guna je balik kasut nikah. hihi.
Kasut tu free gift dari rico.
jadi, untuk b2b di luar sana, tak perlu ada sampai 3 kasut, ataupun 3 veil.
pelbagaikan gaya dengan apa yang ada, anda masih boleh nampak berbeza. =)

Monday, October 1, 2012

.........

Saya sudah 4 bulan berkahwin,
tapi masih lagi masih beli majalah kawen
masih lagi sibuk tgk blog kawen.
mungkin sebab saya takde perancangan nak beli rumah, maka tak sibuk sibuk tgk majalah home deco.
Nak cerita pasal baby, tak pregnant lagi pulak kan.

Tinggal dengan suami pun di dalam bilik yang hanya ada satu toilet, satu meja study dan katil queen size,
hey, i am not complaining. Saya memang jatuh cinta dengan bilik kami tu, walaupun bilik kecik, hari hari saya bayangkan itu bilik ala ala hotel, hihihi.
Sekarang fasa hidup saya terhenti dengan hari hari bersama suami...
dan..... kami berdua sibuk....... amat sibuk dengan kerja jadi kuli org...
kadang kadang... saya rasa, begitu banyak kegembiraan yang kami tolak hanya kerana kerja..


Tak tau la bile akan stop dgn wedding stuff ni.
Nak kata nak buat bisnes hal hal kawen, tak pulak,
tgn saya sungguh keras, tak berseni langsung.
mungkin sebenarnya hal hal wedding ni menjadi satu escapism utk saya berangan....
tulis benda yang saya suka....
hihi, tak taula sapa yang baca,
yang penting, semua ni jadi satu kenangan buat saya....
nanti dah tua boleh baca balik pasal wedding sendiri.
=)

Maaf pada sapa sapa yang bosan kalau saya berceloteh tentang wedding sendiri, bukan nak menunjuk pun, jauh sekali nak memaksa maksa org baca tentang hal sendiri.
Sebenarnya ini saja medan saya berbicara tentang wedding saya, ataupun wedding org lain.
sebab di facebook, saya tak shout di wall tentang preparation saya.

Takda sapa pun yang kisah pasal wedding saya tu. Jadi di blog ini sajalah saya bercerita panjang.
Sekurang kurangnya boleh kongsi idea dengan bakal bakal pengantin, ye tak....????

Thursday, September 27, 2012

variasi songket, lagi dan lagi!!!

ok, bakal bakal pengantin di luar sana, feast your eyes!!!!!!
saya sudah compilekan link link perkahwinan yang pakai baju songket!!!
Pasti anda tertaut hati dan tak berfikir panjang lagi.

Kita ni kadang kadang sibuk sgt dgn vintage mat salleh sampai kita lupa songket tu vintage melayu ok!!!
Jadi kalau sape sape rase songket tu macam old skool and ketinggalan zaman ke, anda silap.
Tak percaya tgk je gambar gambar ni.
Adakah anda rasa mereka ketinggalan zaman, ataupun anda rasa wedding mereka cantik dan anda mahu wedding anda secantik mereka???
yang lagi bagus, songket ni warisan zaman berzaman tau.
org dulu raja raja dan bangsawan je yang pakai songket (haha ye ke ape yang saya cakap ni, ntah ntah semua org melayu pon pakai songket sebab dulu songket murah)

dpt feeling royalty ok pakai songket

ade link yang saya dapat dari entry blog ini

blog ceritera cinta 



comel kan kan??? padahal simple je, tapi bile tgk, rase aaa, saya nak wedding wedding yang simple sebigini dan tak lapuk dek zaman!! link di MOM




Pengantin ni, saya geram tgk songket merah die, fuh, classic habes.... lepas tu berani pulak oles gincu merah mak ngah, trademark pengantin zaman dulu tu. Tapi jgn la sampai seperti opera cina pula, pipi pon nak bagi merah setompok.... pengantin ni pandai, gincu saja yang merah, tapi yang lain simple saja, tak melebih lebih. Sanggul tepi yang ayu, dan rantai 3 tingkat yang cantik, cukup takat itu.
Pelamin tu nampak dekorasi yang simple n modern, tapi elemen tradisinya ialah pengantin duduk bersimpuh. gambar dari MOM juga




ini dari afnan omar.
wedding di royal chulan, a perfect place for traditional wedding. Kalau anda nak tau, setiap kali saya lalu de dpn royal chulan hotel, memang saya akan tenung hotel tu macamla hotel tu seorang perempuan yang amatla ayu, ukiran die..... speechless, tak tau nak describe apa yang rasa sebenarnya, sebab saya terpegun dengan keindahan ukiran tersebut, sapelah yang buat kan.
Songket yang lebih kurang saya juga, buat cutting peplum. Design simple je, tak melebih lebih.

lagi perkahwinan tradisional dari album afnan omar

pengantin ni pula memang berani
bersanggul melaka.

Dan tolonglah suruh sepupu sepupu atau anak saudara yang kiut kiut pakai mcm ni.

kalau pakai tengkolok songket mahal sangat kan, jadi, pakaikan saja baju melayu dan bulu bulu kat songkok.... gewamnyerrrrr rase nak cubit pipi sorang sorang!!

Ada tak yang terinspired dgn entry saya kali ini.
Kalau anda ada link wedding tradisional yang cantik, letak la kat comment box, boleh org lain buat rujukan.
Kalau boleh lepas ni, nak lagi byk wedding bertemakan wedding traditional.

Terpulang pada anda, tepuk dada tanya selera.
Mungkin baju songket kurung boleh dipakai masa nikah, kan ade 3 majlis, nikah dan 2 resepsi. Pelbagaikan pilihan, Macam saya, masa majlis bertandang saya pakai dress, Jadi dapat rasa berbaju gaun dan berbaju songket. Dan ikut kesesuaian potongan badan anda, saya pernah terbaca pengantin yang berisi sikit kata songket tak sesuai unutk mereka sebab kain keras so tak bagi ilusi kurus..... Jadi sila ikut kesesuaian dan keselesaan diri masing masing ok.

Pada sesiapa yang ada mengirimkan email pada saya, sorry kalau lambat balas, kena carik masa untuk balas email anda. =)