Showing posts with label reviews. Show all posts
Showing posts with label reviews. Show all posts

Sunday, January 20, 2013

simple inai


assalamualikum semua
wah, banyaknya lagi yang saya tak review
nampak sgt masa wedding byk yang pengantin perempuan kene fikir... sampai stress!!!

Untuk inai... saya suka jer ukiran yang simple corak menyenget kat tgn, hihi
nampak manis....
Tapi saya ok je dgn inai hujung jari... classic gitu.... simple, org kata less is more
Saya ada juga survey tempat tempat untuk ukir inai.
Tapi ibu saya memang against the idea ukir ukir ni, ok... saya malas nak melawan... sebab saya tak kisah sgt pasal inai

Inai saya dipakaikan oleh sepupu saya dek da.....
amat terharu...sanggup sepupu saya datang pukul 12 mlm dari melaka semata mata nak inaikan pengantin

macam biasa, pakai inai lekatkan selotape supaya inai rata,
kemudian sepupu saya pakaikan inai daun tu, yang dah siap tumbuk, pakai lebih kurang sejam....
owh... bila kering je, sepupu saya akan basahkan dengan air limau... die cakp supaya inai merah...
lepas lbh kurang sejam, inai tu ditanggalkn, bersihkan dengan tissue
lepas tu letak pulak dengan inai mekah.... biarkan satu malam lepas tu esok pagi bersihkan

bila combine 2 2 inai ni, warna die cantik sgt!!!!!
pekat.
Sepupu saya cakap, kalau guna inai mekah semata, nanti warna die macam merah kehitaman, tak berapa cantik
so, kalau nak warna cantik berseri, gabungkan dengan inai kampung yang warna keorenan,

Tapi pakai inai ni seksa ok, lagila kalau kene dengan org yang tk boleh duduk diam mcm saya
haha, selalu je kene marah pasal saya gerak gerak lepastu inai comot.
Best tau bila tgk inai merah... barulah feeling pengantin!!!!!



 ok, inai takla perfect sgt, sebab die meresap kat selotape so... ade jugak lebih lebih warna oren tu..


inai di jari, kalau anda perasan shoot ni termasuk gelang dan cincin kawen saya.
Tak pasti sama ada saya nak tulis entry pasal pencarian barang kemas saya atau tidak
tiada yang menarik mahu diceritakan, sekadar cincin emas biasa dan batu zicron saja,
gelang tu saya beli di kedai cina di bandar baru salak tinggi, habib pun ade buat design yg sama
cincin pula beli di plaza masalam shah alam.

Friday, January 11, 2013

samping-penghargaan buat sahabat lama


entry ini adalah penghormatan kepada pet brother saya merangkap senior saya semasa di sekolah menengah.

Saya amat baik dgn senior saya ni. kenal sejak saya form one, mase tu die form 4. Tapi masih baik sampai sekarang. Kebetulan Die kawen bulan 1, saya kawen bulan 6 2012. selalu jugak saya mintak pendapat senior saya ni bile tiba bab nak jemput org... survey survey baju ni... walaupun die lelaki... dia begitu surportive menolong tunangnye , seorang doktor yang bz suvey design baju dan jenis kain..... Bukan senang ok lelaki nak layan details bab kawen ni.

Baju die qudyn yang buat you...... hihi, antara designer idaman tu... tapi rasa rasanya bajet tak cukup untuk sampai ke qudyn. takpela... dah cukup bertuah jumpa designer sebaik rico yang berjaya merialisasikan dress impian saya. Tak menyesal pun buat baju dgn rico

Bila saya tgk gambar nikah senior saya ni, saya perasan.  samping kuning putih beliau....... maka dengan tak malunya saya dah cakap awal awal saya nak pinjam sampin die untuk suami saya masa nikah. hahahahha tak malu sungguh kan aku. Tak kuasa la nak redah jalan TAR carik songket murah nak bertekak mintak turun harga semua. Lagipu tk silap saya org selalu kata biasanya sampin harga dalam rm 300 kan.... bajet mak dah ketat dah masa tu....(300 pun nak berkira).




So Abg Shahrizal (haha, die tak tau pun pasal blog ni, saja je buat entry sebagai kenangan), thank you so much bagi junior kamu ini pinjamkan sampin nikah kamu. free pulak tu.... Thank you.... amat saya hargai dan jasa abg shahrizal saya kenang setiap kali saya tgk gambar nikah saya... =)

Kalau anda ada bajet, ada masa, tak rugi sebenarnya beli sampin nikah, sebagai kenangan, sebab boleh pakai byk kali......
Tapi kalau sapa sapa dah lari bajet tu... bolehla contohi saya, hihihi..... (antara tips berjimat sebenarnya... sampin kan std size, kalau baju kene ikut ukuran)

Sebenarnya ada sikit sesal tak beli samping nikah, Tapi nak buat camna, Saya dah takda peruntukan masa tu.Mungkin saya sepatutnya cepat cepat larikan sikit duit dan beli samping yang nak dipakai masa nikah sebagai hantaran tunang.... Hurm.... rasanya untuk anniversary lepas ni nak belikan husband hadiah sampin la, boleh bagi yg up sikit...... tapi nilai sentimental tu dah takde sgt la...... sebab tak dipakai masa nikah...

Tuesday, December 4, 2012

review pelamin nikah by bridal sanctuary

olla readers tercinta.... hihi, lama kan saya tak berceloteh
baru baru ni saya sibuk pilih gambar nikah untuk dicuci,
suka sgt bile tgk gambar nikah... hati rasa bunga bunga... =)

ok, kali ni silalah menjamu mata dengan gambar gambar pelamin saya

Gambar keseluruhan pelamin mini nikah saya- tapi seyesly besar, tak padan dengan nama mini

untuk pelamin, saya request untuk 2 bahagian

bahagian satu- bantal, khas untuk saya duduk semasa upacara akad nikah
i lebih selesa duduk lebih kurang sama level dengan pak imam dan pengantin lelaki,
 saya rasa agak kurang sopan tiba tiba pengantin perempuan duduk tertenggek di kerusi yang level tinggi berbanding tok kadi dan tetamu yang lebih tua


bahagian dua, kerusi untuk upacara sarung cincin dan bergambar.
saya dapat idea ni lepas tgk pelamin anak datuk seri anwar ibrahim, di mana masa upacara akad nikah pengantin duduk di bawah,

dan pasangan mempelai berpindah ke kerusi yang tinggi untuk upacara sarung cincin
Saya rasa lebih selesa untuk sarung cincin kalau duduk di kerusi,
senang nak control jarak bila nak tunduk salam dan sebagainya



 pengantin yang tak control, selamba je gelak besar




Detailings pelamin.......................
 hiasan bunga bunga sakura....


 payung lacy lacy... feeling romantic

sengaja saya selitkan kereta kuning vintage yang saya beli di mangalore




Ramai sedara saya yang bagi comment positive dengan rekaan pelamin ni . =)
saya sendiri puas hati bila tgk di gambar, 
tapi, rumah saya takde aircond, memang macam nak pengsan tahan panas masa duduk atas pelamin
muka senyum hanyala lakonan padahal tgh control pernafasan supaya bertenang dengan kepanasan yang melampau

saya request warna pastel, romantic
bridal sanctuary juga ada masukkan element polka dot

dari segi sevice bridal sanctuary memang terbaik.
sanggup datang ke rumah.
ada beberapa sesi perbincangan- sesi pertama hanyalah di kedai mamak, tgk quotation dan getting to know each other
sesi kedua syed and karl dtg rumah, (selepas 6 bulan), untuk reconfirm balik, n saya bentangkan idea saya
sesi 3 mereka dtg dengan sketch pelamin
datang on time. pandai sangat dieorg ambil hati saya dan ibu. Walaupun kami ni bukanla org atasan, tinggal di kampung saja.
Pasang pelamin pun satu malam dah siap =)

Masa saya mula mula hire bridal sanctuary, mereka belum lagi femes mcm sekarang, masa tu baru femes di blog, belum lagi di magazine
Sekarang hasil mereka makin meletup.
Tapi bagus jugak saya kenal mereka masa belum femes, harga masa tu mungkin lagi murah kot.

ini link bridal sanctuary.

Thursday, November 1, 2012

review MUA laila rohani


yang sebenarnya saya rasa bersalah pada follower saya, kerana sudah lama tak update, tapi masih ada yang sudi follow saya.
taktaula, sekarang mood untuk update blog mcm kurang, lagipun saya hanya banyak buat review, bukannya bagi idea pada bakal pengantin pun, hihi maaflah kalau ada yang bosan baca cerita cerita saya.

ok sekarang saya nak review makeup bertandang saya,
hasil air tangan MUA tv3 laila rohani, saya dapt tau dari blog reneemeow
terus contact kak laila
dari segi layanan dan attitude saya berpuas hati. friendly...
tak sombong pon,  datang ontime
dari segi makeup, pun puas hati.
mugkin saya jenis tak cerewet kot....
 so saya terima saja, asal nampak cantik.




saya tak tau kenapa, asal tgk gambar bertandang, saya rasa makeup kak laila menonjolkan sisi wajah saya yang ke arah india, hihi (mase kat india org pernah igtkan saya rakyat tempatan).
Tapi best jugak, guna khidmat mua yang berbeza, muka pun jadi lain lain.


sama macam kak sue, kak laila pun menata rias wajah pengantin lelaki and siap pakaikan sampin... terima kasih wahai para mua yang berkhidmat dengan saya.



bersama anak sulong kak laila... yang tolong siap siapkan saya pakai baju, =)


close up make up kak laila

ok, macam biasa mesti semua nak tau rate kak laila, antara 500-600 rate tahun 2011, tak termasuk pengangkutan ye.
no kak laila 017 3470335.
boleh hubungi beliau jika berminat.

Monday, October 8, 2012

REVIEW CATERER: SRI PAYUNG


Ada pengantin sanggup keluarkan belanja yang besar untuk makan.
Saya pernah menghadiri majlis kawen yang memang byk gile menu
sedap sedap.
Tapi bila pilihan terlampau banyak, saya sampai tak tahu nak pilih yang mana

Saya berpendapat, untuk pemilihan menu, sila pilih combination lauk yang 'masuk'
complete dengan rasa lemak, manis, masam, pedas...
Untuk caterer, saya mengambil jalan tengah, tidah terlampau murah, tidak terlampau mahal.
Saya nak yang sederhana saja.

Alhamdulillah, masa majlis saya, ramai yang menambah, lauk pun cukup cukup, tak banyak yang lebih, senang hati keluarga pengantin.

Saya rasa, dikalangan blogger, anda nama sri payung pasti sudah tidak asing lagi kan.
Saya tertarik hati bila terbaca review dari ika radisuite, dan dari eli
point pertama yang buat saya tertarik hati, bila 2 2 puji kak ros amat seang nak deal.
point kedua, bila saya tgk harga pakej yang ditawarkan, yang pada hemah saya, antara yang berpatutan, rm 10 satu kepala
point ketiga setakat review yang saya baca, semua kemain memuji lauk sri payung.

Saya usulkan pada ibu pakej yang ditawarkan dari sri payung, kemudian saya email kak ros dan tanya dengan lebih lanjut,
kak ros terus kluarkan quotation.
Memang kak ros pandai layan customer, tak pushy pun.
Mak saya kemudian ke pejabat sri payung untuk food testing.

kami juga ada request utk tukar sayur kepada nangka masa lemak,(nangka lemak dia, memang sedap tau... lembut je nangka die))
daging rendang hitam, ayam percik,

Ramai jugak yang cakap sedap.
Ade beberapa org tetamu memang ambil card caterer dan tempah sri payung untuk anak mereka punya majlis
Kawan saya pon makan bertambah tambah
service ok, memuaskan,
on time
kaki tangan cukup.... bersih
kami satu keluarga tak ambil kisah pun pasal makanan, semuanya sri payung yang uruskan
kami sibuk layan tetamu saja. semua teratur je bawah pengawasan sri payung

Lagi satu kak ros rajin kongsi tips, macam mana nak jimat, kak ros boleh saja tak ajar tips nie, boleh die kaut untung ribu ribu.... tapi  kak ros ikhlas, kak ros tak suke makannan terbazir

ok, mari saya kongsikan tips yang saya dapat.

untuk bajet jumlah tetamu, antara formula yang org pakai, bilangan card, times 3, lepastu ambil 75% dari jumlah anggaran tetamu,
contohnya klua 300 card,
so 300x3 x 75%.
secara teorinya, kita anggap setiap card yang dikeluarkan akan bawak 3 org, and biasanya 75% tetamu akan datang.

tips no 2, let say harga satu kepala rm 10, jumlah jemputan 1500
tak perlu order untuk 1500, order untuk 1200 org, tapi yang lagi 300 org tu, hanya tempah nasik, ayam dan daging, so itu lebih kurang rm 6 saja
tak perlu  tempah sayur untuk 300 org, sebab kadang kadang org cuma nak kuah jer
untuk ayam dan daging takleh nak bajet, sebab kalau takde, nampak mcm tak cukup lauk pulak.
bayangkan jimat rm 4x300, tak ke penjimatan rm 1200 tu.

diharap tips saya dpt membantu bakal pengantin di luar sana,
kalau anda tanya saya, saya memang tak menyesal langsung pilih sri payung. =)

Tuesday, August 21, 2012

majlis tunang


Kali ini saya nak bercerita tentang majlis tunang saya. Ini entry pukal. Buat one shot, senang.

Mula mula nak buat yang simple saja, - tak perlu kemah, tak perlu jemputan ramai, tak perlu baju cantik, tak perlu makeup. cukup rombongan satu kereta, dan bagi cincin dan makan makan tengah hari saja.
Saya masa tu takde duit langsung. Tak mampu nak bayar apa apa.

 dah takleh sorok muke excited nak bertunang

.mak.

Tapi bagi menghormati permintaan semua pihak, buat la jugak majlis. Nasib baik ibu dan ayah bermurah hati sponsor makan. Saya usahakan tempah bunga, MUA dan baju saja - konon nak nampak cantik la kan masa 1st impression. hihi

1) baju tunang by rico rinaldi
yerp, sejak dari baju tunang saya dah buat dgn Rico, haha, taktau la Rico penat ke tak dgn saya yang selalu mintak design cantik tapi harga mau dalam bajet. Kononya masa tu baju ni nak recycle (aku ni tak sudah sudah nak recycle jer, ngeh ngeh, nak buat camne, duitnyer byk tu jer) pakai untuk 2 occasions - tunang dan convo. Tapi Kwn saya menentang habis habisan. Die kata tak boleh. Walaupun murah sila pakai baju yang berbeza utk tunang n convo, sebab itu 2 occasion penting dalam hidup saya. Baik. saya ikut saja.

Saya korek korek kain kain lama yang tak buat baju lagi . Untuk baju tunang, kain dah beli 4 taun yang lepas kot... hahahah simpan je dalam almari, tak berniat pun nak simpan untuk tunang sebenarnya. CM yang belanja saya kain ni. Saya kalau nampak kain cantik memang suka beli,lepas tu, simpan je dalam almari tak buat baju. Ini kain saree mangalore silk. Beli di Bangalore india.  Untuk convo, saya guna kain yang saya beli di Bandung 2 tahun lepas, yeay, jimat duit aku, tinggal spend duit kat tukang jahit saja.





Saya suka warna kain saree ni. Ade jugak menyesal sikit dah guna warna ni masa tunang, sebab pada saya royal purple memang nampak gah kalau buat songket untuk baju kawen.

So, jumpe Rico, tunjuk kain, terus ukur badan, Saya suka idea rico letak design kaki kain tu kat hujung baju, takyah dah buat beadings kat situ. Beading cuma kat tangan jer..... jimat jimat......


untuk dada pula, saya beli rantai ni kat sogo, rm 70. lebih jimat dari buat beadings. Masa ni otak memang ligat pikir cara cara penjimatan.  Not bad kan final product??


2)tudung by kaseh elyn
macam biasa, nak pilih kaler tudung memang boleh buat pening
kalau pilih purple nanti ujung kaki sampi ujung kepala jadi purple bergerak kang. So, saya pilih warna kuning, match dengan benang emas kain saree saya tu.

untuk inner saya beli kat pasar tani saja, rm7.5 yo!! tapi kain sedap, awning cantik terletak. Tak perlu pun beli ariani.

lepas tu, saya perasan elyn punye tudung n veil warna kuning, saya terus contact elyn, cakap nak sewa. =)
cantik kan tdung n veil elyn, simple dan sesuai utk majlis tunang. sekarang elyn pun ada bukak tempahan tudung tau.


3)handbouquet by Daun sireh
haha, dari tunang sampai ke nikah, reception kedua dua belah pihak, saya tempah dari Daun sireh.
Saya paling suka HB tunang saya antara ke empat empat hb saya. Bunga, warna dan susunan paling cantik.
Lagi satu, deal dengan taufek ni senang jer.....



2)Deco - DIY
hahahah-  aku dengan mak aku la tu....... Nak jimat punya pasal, kami 2 beranak berpeluh ketiak pikir deco bilik. Ibu tak bagi mini pelamin di luar, jadi kami kosongkan bilik saya (masa ni memang saya takde  katil pun), lepas tu buat satu corner untuk letak kerusi bagi sesi sarung cincin......
Walaupun DIY, saya puas hati, Ibu banyak bagi nasihat, barang barang hiasan semua guna je apa yang ada kat rumah. Kononnya habis konsep dalam taman la tu.








4) Hantaran DIY
Ini pun buat sendiri yo!!! cost hiasan lebih kurang rm 40 satu dulang, Ibu yang buat, Lepas tu bile nenek saya datang, die tlg sambung, Nenek saya memang suka gubah gubah ni. creative!!!! dok lipat lipat sejadah jadi kipas la ape la...... terharu dengan kasih sayang nenek.....
Tapi nenek saya kutuk towel yang saya pilih. Saya beli kaler dark purple bagi nampak macam maggis. Nenek saya kate buruk, pasal tak tahan dengan kutukan, ibu pun belikan towel kuning, nak bagi nenek saya puas hati. Sekarang saya suke hantaran hasil air tgn ibu dan nenek saya. ada sentimental value.


4) makeup by fahmi

5)jurufoto- kawan saya!!!
Saya mintak tlg kawan saya yang ade dslr yang suka ambil gambar supaya ambil gambar saya!!!!!! free!!!! Shes not a professional photographer, but somehow she loves to take pictures and she has the eyes to catch the moments. Kami dah kenal lama dekat 8 taun tinggal serumah, kadang kadang memang kami suka suki jalan jalan utk ambil gambar.
Saya tak expect apa apa, saya bilang, kau datang je ambil gambar, i wont complaint. Saya rasa bertuah kawan saya sanggup ambil gambar saya. Saya cukup gembira dengan air tgn beliau. Thanks shira cayaang!!!! nanti aku jadi advisor utk wedding ko ye.

Best bile kawan yang ambil gambar, Tak rasa malu. Lagi satu, memandangkan kiteorg dah biasa saling tolong menolong bile ambil gambar, she knows how to direct me to deliver the pose. macam, bahu ke depan sikit, muke pusing sana sikit... Saya tak menyesal langsung tak hire professional photog. jimat beribu woooo!!!
terharu beliau sanggup spend masa ambil gambar saya, sekaligus menjadi tukang comentar kalau pakai tudung tak betul, dan paling penting jadi kakak garang yang tak bagi budak budak masuk bilik mase pengantin sdg makeup.... hahaha

6)Cincin- Saya amat suka cincin tunang saya.

Walaupun bukan batu dimoind!!! saya rasa terletak cantik di tgn. Cincin ni saya beli sendiri je. Ibu jadi penasihat paling baik. Ibu sanggup teman saya masuk semua potential kedai emas di nilai tu lebih dari 5 kedai rasenye. Sampai sanggup turun shah alam nak carik cincin. rasa Besyukur sgt ibu sanggup tolong saya jadi penasihat utk cincin saya. perfect!

caterer, kemah, semua ibu yang uruskan

 the friends

 pihak penaja - hehe ibu n ayah

masa ni bakal adik ipar

alhamdulillah, saya ada keluarga yang banyak membantu, serta kawan yang sanggup tlg. Walaupun majlis tunang yang simple dah berusaha untuk berjimat, tapi tetap meninggalkan kenangan yang manis buat saya. I wouldnt ask for more. what i got is just enough. Saya bersyukur

Monday, August 13, 2012

makeup bertunang - syed fahmi shabthar


Dah hampir setahun saya bertunang. baru sekarang nak cerita.
Majlis tunang saya simple saja. nanti saya cerita lebih panjang. cuma sekarang saya nak cerita tentang tukang solek di majlis tunang saya.
Saya suka makeup saya masa tunang. Natural, kat gambar nampak cantik. tempah fahmi seminggu kot sebelum majlis.
Fahmi pun ok, friendly.
kenapa saya tak ambil fahmi masa nikah
haha, saya gila kuasa semua makeup artist pon aku nak try.

fahmi punya makeup pun dah a few times klua newspaper.  Tak mustahil andai satu hari nanti fahmi akan jadi antara high end MUA. Fahmi punya makeup akan buat anda kelihatan manis, sweeeettt jer....
Cuma di hari kejadian, rumah saya yang panas dan tak beraircond tu, buat saya berpeluh macam air hujan makeup ade tompok sikit kat hidung. Nasib baik tak obvious di gambar.
Senang cakap, masih tersenyum melihat gambar tunang.
 hasil air tangan fahmi, kalau nak tgk muke lebam sila pegi sini..  hehe

 sesi tadah muke.

 final touchup - perempuan ni memang hari tu tatau kenapa kuat peluh kat idung. org ckp itu tandenya kuat cemburu, ye ker?


tukang solek, maaf, saya dah cuba nak bagi gambar tegak, tapi tak boleh, kalau nak tgk tukang solek, copy n rotate sendiri la ye. hensem kan????


semua gambar diambil oleh jurufoto tak bertauliah, tapi tetap buat saya puas hati , tak lain tak bukan, kawan saya shira n nad.

so sapa sapa berminat nakkan service fahmi,, ni no die-013 6249 467
boleh tgk hasil kerja beliau di sini. fuyyo.... makin byk artist mereka dah makeup rupenyer.... 
Thank you so much fahmi repair muke saya masa hari tunang =)

Wednesday, August 8, 2012

review tudung - qiss bidasari

Saya paham untuk pengantin pengantin bertudung, isu pemilihan tudung memang boleh buat pening kepala, sama ada dari sudut pemilihan tudung, ataupun warna tudung.
Ada setengah org memang anti habis habisan dengan tudung awning. Nasihat saya, jgn mudah terasa hati dengan apa yang orang cakap. Kita yang kenal diri kita sendiri. Tgk gambar gambar lama, mana yang sesuai dengan bentuk muka kita. Baru baru ni masa ke india, saya ada pakai tudung lilit, untuk gambar di depan taj mahal bersama CM. Moment itu amat penting bagi saya, mengabadikan kenangan cinta kami di hadapan monumen lambang cinta . tudung lilit nie, kadang kadang ade bad tudung day. TUDUNG SAYA SENGET!!!!!! gambar close up tak perfect.  sedih..... dahla saya ade plan nak guna gambar tu utk deco mase wedding saya.
Kemudian masa convo saya pakai tudung awning. Saya rasa muka saya nampak sesuai dengan tudung awning. dan lebih senang nak maintain. Terus saya buat keputusan, untuk tunang, nikah n sanding saya nak pakai tudung awning.  yes.... saya tahu, untuk setengah org, tudung awning ni macam errrr,,,, takde sense of fashion?????  a few designers bile saya cakap saya nak pakai tudung awning.... ade yang muke berubah... n kate, u taknak try yang mcm ni macam ni ker???
tapi saya tetap dengan pendirian saya, sebab saya tau ape yang sesuai, ape yang tidak sesuai.

Untuk cari tudung awning yang masuk dengan muka tak senang ok, Saya dapat tau pasal tudung qiss bidasari ni melalui b2b punya blog juga. Saya terpaut hati melihat hasil kerja yang cantik n elegant. saya mahukan awning yang kecik, material yang nampak exclusive tapi simple, dan masuk dengan bentuk muka. Semua criteria ni ade pada tudung qiss bidasari. Kak fida guna material chiffon, jadi, bila kita lilit ke belakang, gelombang nampak cantik beralun. Saya taknak tudung yang terlampau complex, sampai nampak berserabut masa hari berlangsung nanti. Lagi satu, saya tak mahu masukkan tudung ke dalam baju, saya rasa nampak macam tercekik, dan kalau boleh, taknak tudung inner saya tu nampak line kat tengah (kebanyakkan tudung awning ada line tengah bawah leher kan).

Deal dengan kak fida amat senang, Saya contact kak fida ikut email, lepas tu call kak fida. Saya cume kata, saya nak beadings yang simple. kemuadian saya bagi tau kak fida contoh contoh design yang kak fida pernah buat utk previous customer yang saya suka. tu jer. Kemudian saya postkan contoh kain chiffon putih and kain baju songket saya, supaya kak fida dapat carik warna yang sesuai. Tudung putih takde masalah, senang je nak carik chiffon putih.

Tapi untuk songket hijau saya................. ya allah, susah yang amat!!!!!!! Kak fida 2 kali pegi jakel carik kain. Tak jumpe warna yang sesuai!!!. Rico pun gi kedai kain tolong carikkan material, masih tak jumpe!!! saya dan ibu pakai belasah try beli kain chiffon hijau... tapi bile tgk dekat baju, tak masuk pulak......
Kemudian kak fida cadangkan warna gold, tapi macam ragu ragu sebab tak nampak kain tu.... akhirnya saya dan ibu pergi euro moda shah alam, carik warna coklat yang masuk. Sekali bila saya tujukkan kain dekat kak fida, rupanya sebijik sama dengan material yang kak fida pilihkan untuk saya. dah siap pun tudung tu, tinggal tambah manik jer... masa tu, tinggal lagi seminggu kot nak majlis..... hahha, cuak ok.


 tudung nikah yang kak fida buat.

 tudung reception saya.  Saya mintak combination warna gold, hitam n grey. supaya masuk dengan veil saya. Alhamdulillah, sesuai dengan baju saya. mula mula risau, takut caca marba.


nampak cantik terbentuk kan???? puas hati! Nak pakai pun senang jer, macam tudung biasa, tudung nie senang nak adjust ikut muka sebab kite sendiri yang taruk pin mase pakai.

Jadi pada sapa sapa yang berminat, boleh tgk hasil kerja kak fida di blog n fb.
terima kasih banyak banyak kak fida, hasilkan tudung yang cantik