Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, January 28, 2013

tips semasa sesi tadah muka


1.MUA prefer kalau kita face natural light/tingkap

2.sediakan baju berbutang depan- senang, hanya perlu perlu buka butang baju bila nak bukak tanpa perlu mencacatkan make up (tanak shirt bahasan pliz...=) )
3. bagi yang bertudung and still nak cover rambut masa photog ambil gambar, boleh pakai selendang
4. sila mandi awal awal

yang letak ais kat muka semua tu, saya tak berapa pasti, sebab saya tak buat......
saya cuma basuh muka... pastu letak sikit aura seri supaya berseri... hihihihi

Monday, November 26, 2012

berjimat dlm perbelanjaan seharian


salam, lama kan tak update blog,
taktau nak update apa,

kay, sebenarnya saya dah lama terlintas nak tulis entry ni,
tips berjimat secara general
tak berkait dengan majlis kawen
kalau anda dapat berjimat dalam perbelanjaan seharian, duit tu boleh guna untuk majlis nanti.

apa yang saya tulis ni adalah berdasarkan pengalaman sendiri

Sebelum kahwen, saya adalah seorang yang boros...
saya memang suka spend duit,
Tapi lepas kawen, saya belajar berjimat dari suami
suami saya jenis yang suka beli mende murah,
Hubby selalu je pakai baju rm 5
sedikit sebanyak saya terikut ikut perangai hubby
Jadi, saya belajar untuk downgrade kan perbelanjaan saya.

Apa yang saya belajar, barang yang murah, tak semestinya tak bagus.
Sekarang, saya boleh dapat bende yang harga satu pertiga dari barang yang saya beli sebelum ini
tapi, masih berpuas hati dari segi kualiti

1)eyeliner

masa belajar dulu, saya pakai eyeliner MAC, sebatang harga rm90 kot
lepas tu, bodyshop pulak... sebotol harga rm 60
tapi saya ni, beli je barang mahal, pastu pakai halfway, pastu buang
sekarang, saya beli maybeline jer, harga rm 23
quality pon ok jer....
saya puas hari pakai,
tak smudge, MAC pon kadang kadang boleh smudge kot


2)pencuci muka

saya pernah pakai biotherm, spend rm 600 untuk 4 bulan
dr khiels la.....
tapi saya rasa muka saya sama jer
muka saya amat bermasalah
dulu saya ada impression, muka saya kene beli  barang mahal,
muka amat sensitif, jadi kene memilih,pada saya, barang mahal barang yang bagus
tapi sebulan sebelum kawen, ade kawan rekemen aura maya
rm 150 satu set,
dah pakai 6 bulan, tak habes habes lagi
saya tgk muka saya tak byk beza pun dengan pakai baraang berjenama
syukur sgt dapat barang murah yang berkualiti
tapi sekarang aura maya macam dah takde stok jer =(
sedihnya, mana la saya nak dpt barang yang ok untuk muka ni


3)body wash

dulu mengada pakai sabun badan berjenama
kulit badan saya sensitif-eczema
kalau silap pilih sabun, badan akan merah merah dan gatal
sabun lux, detol memang a big no
jadi saya takut nak beli sabun badan biasa, sebab memang selalu ade reaction
tapi saya dah jumpa sabun badan yang murah, wangi, dan tidak merengsakan.....
lifebuoy!!!! warna hijau muda yang ade extract daun sireh....
murah plak tu, 300ml tak sampai rm 20
saya ada cadangkan pada sepupu saya yang kulit sensitif jugak,
die pun berpuas hati


4)handbag

dulu pakai guess harga 300+
baru baru ni dapat handbag 50% off,
harga rm 150 jer =)

5) tudung

pernah masa zaman tie rack tgh top,
aku borong nak dkt 5 helai kot
sehelai dah rm 60
lepas tu, hampeh tak pakai pon tudung tudung tu
sekarang layan tudung pasar malam geogette rm 5-rm6
or tudung jln tar, paling mahal pun rm 15
dapat banyak kaler...

6) tukang jait baju

sudah jumpa tukang jait baju kurung sehelai rm 35,
kualiti pon boleh tahan, mungkin tak sebagus yang rm 55
tapi untuk harga yang sebegitu, pada saya boleh diterima

so, apa yang saya cuba sampaikan di sini, jangan tutup pintu hati utk barang murah
jgn set barang mahal bagus,
kita boleh dapat barang murah dengan quality yang tak jauh beza dengan barang mahal
kadang kadang ade yang lebih bagus
jadi, duit yang lebih tu kita boleh simpan. =)
mode-masih mencari lebih banyak barang pada harga yang berpatutan

Wednesday, September 19, 2012

tema tradisional-inspirasi perkahwinan


Hati saya melompat gembira melihat inspirasi perkahwinan menampilkan tema tradisional. Saya kan dulu nak buat tema tradisional. Saya memahami dilema pengantin di luar sana yang mengalami kesukaran untuk dapatkan idea dan  mencari vendor yang sesuai.

Percayalah tema tradisional memang nampak gah, dan exclusive. Tapi saya tak nafikan kalau betul betul nak nampak exclusive memang kene laburkan duit yang banyak.

Kalau cakap tema tradisional tak sah kalau kita tak comment bab busana.

biasanya kalau tradisional , mestilah yang cantik songket kan.
Warna songket biasanya terang dan garang. macam kat cover tu, oren, dark purple.
my personal pick would be warna royal purple, nampak mewah dan ada unsur modern and tradional.
merah maroon pula, menggambarkan kehangantan cinta, macam mawar merah, nampak passionate gitu.
Masa majlis saya, songket saya warna hijau, pada saya, warna hijau mmg mcm satu statement-ini tema classic traditional, hehe, lepas tgk songket scha, rasanya ramai dah tangkap cinta dengan warna tu kan.
Warna kuning diraja pula sungguh permaisuri agong.


semua ni saya ambil dari qamarsutra punya facebook-rekaan baju dari aleng tohara


Terpulang, sama ada anda mahukan elemen tradisional yang kuat, ataupun anda mahu fusion tradisional contemporary.
Selitkan unsur tradisional dengan pemilihan kain songket, tapi, pilih warna songket yang soft and pastel. Setengah pengantin lebih sukakan sesuatu yang simple dah tak melebih lebih. Anda boleh pilih songket warna tiffany blue, mint,  orange pastel. See, tepuk dada tanya selera.


Design pun boleh pilih macam macam design, sama ada anda nak  pakai timeless kebaya songket, ataupun macam saya, saya gabungkan unsur peplum dan kebaya pendek.

Kalau anda beli inspirasi perkahwinan yang ni, pada saya, rekaan zery zamri pun cantik,
bahagian badan (pinggang ke atas) kain songket, so nampak macam  korset. Tapi untuk bahagian kain dress zery zamry pilih kain chiffon, suka!!! chiffon tu macam lembutkan rekaan tersebut supaya tak nampak keras sgt.

Dari segi aksesori, saya rasa org yang bertudung agak susah sikit.
Sanggul dan aksesori tradisional lebih sesuai digayakan olh org yang tak bertudung.
Kalau bertudung, kadang kala nampak terlampau sarat. Jadi pilih tudung yang simple. Jangan terlampau melebih mebih dgn aksesori, takut pengantin nampak tenggelam pula.,
Saya hanya pilih tiara yang simple, supaya nampak seimbang dengan veil, dan tudung.

Sekarang mari beralih ke topic pelamin pula.


Saya memang ternganga bile tgk pelamin ni.
This was exactly what i had in my mind untuk pelamin reception
menang sebijik, saya request warna royal purple, deco saya mahukan bunga kuning,
kerawang sebagai backdrop
unsur payung, dan lampu ala ala french tu untuk masukkan unsur modern sikit.
Qamarsutra memang pull it off untuk pelamin.
Sebenarnya, masa majlis saya hari tu, bridal sanctuary dah cadangkan buat tempat duduk panjang cam dlm gambar ni, tapi mak saya tetap mahukan 2 kerusi macam org lama tu, saya turutkan sahaja  kemahuan ibu.

pelamin saya hari tu dibuat oleh bridal sanctuary. Saya suka je pelamin saya , bridal sanctuary dah cuba masukkan elemen elemen yang saya mintak... hehe, dewan saya dewan murah jer.....lepas du biru gelap plak tu, mungkin kurang pencahayaan buatkan pelamin tak berapa naik.




Saya request elemen songket, kerawang. ibu plak berkeras nak kerusi 2 macam zaman dulu dulu, idea bench panjang kene reject. haha.


another plamin by qarmasutra. 

Menarik kan buat tema tradisional. bayangkan sajalah anda raja melaka dan puteri gunung ledang. memang best u dapat feeling diraja.

Friday, August 10, 2012

tips- persediaan pengantin lelaki semasa akad nikah


This is based from my own experience. Mungkin boleh membantu bakal bakal pengantin die luar, ataupun nasihat yang anda boleh bagi kepada saudara mara lelaki yang nak bernikah.

1)sediakan duit upah jurunikah n saksi - ini tanggungjawab pengantin lelaki ya. sila letak dalam sampul awal awal. jgn sampai terjadi insiden memalukan pulak, tak bagi pak imam duit, or lagi malu kalau kene pinjam duit org mase majlis... a big no no!!!!

2)bawa pen- bawakla pen yang cantik cantik sikit.... tanak la pen kilometrico.... hahah nanti kan nak masuk gambar nikah...

3)sediakan sapu tangan-Ini saya berkali-kali ingatkan CM. percayalah, walaupun tempat tu beraircond, kalau dah cuak... sure berpeluh punya. Rumah saya lagila... takde aircond, dengan org ramai berkerumun... dengan panas lampu pelamin...... CM berapa kali kluakan handkerchief dok sapu peluh... nasib baik bawak... kalau tak, bercucuran la peluh tu menitik.



4) Tolong pastikan anda pakai socks yang cantik!! presentable!! sile jgn pakai stoking yang dah berlubang!!! dan lebih teruk stoking kerja masam anda!!!!! nampak remeh, tapi sila sediakan awal awal, nanti pagi pagi kelam kabut pulak carik stoking.

5)Kalau boleh sediakan kasut yang bersih untuk dipakai di atas pelamin, nanti nampak pelik, pengantin perempuan pakai heels, pengantin lelaki tak pakai kasut. CM masa majlis, terus amek kasut kat atas dulang hantaran... nasib baik ada.

6) jangan lupa pakai singlet. Tak sexy ok kalau lelaki nampak t**ts. Dahla baju nikah selalunya putih.

so, ini antara perkara yang nampak remeh, tapi sebenarnya kalau terlupa boleh mencacatkan hari penting anda!. ada apa apa lagi nak tambah. Yang document document penting lain tu macam biasa la, IC jgn tinggal...

Friday, July 22, 2011

berterus terang sajalah...

Pengalaman deal dengan vendor2 kebelakangan ini banyak mengajar saya.
Biasanya kalau saya email mintak quotation, memang berbalas. Tapi ada jugak tak berbalas, busy sgt kot.... tapi kalau tak berbalas tu memang tak dapat la nak step seterusnya.

Memang boleh rasa down bile ada yang kita dah idam idamkan sejak bertahun harganya is way out of our budget. Mula2 bila dah dapat quotation memang terdiam... tak dapat pikir kejap... lepas tu, saya biarkan saja email tu. Kadang2 email berjela jela tanya itu ini, lepas tu tiba2 tak mampu pulak kan. Mula2 saya macam malu la kan nak cakap- after bincang with my other half, kiteorg terpaksa lepaskan this promotion, its way out of our budget.
Thanks for spending your time answering all my inquiries.

Tapi kemudian saya belajar untuk berterus terang saja- terima kasih , tapi harga yang u berikan lebih dari bajet saya. semoga u terus dapat membuahkan hasil yang cantik2.
Mula2 memang susah la, and rasa macam kene tebalkan muka. Tapi lama kelamaan saya seronok bila dapat berterus terang. Sebabnya, dengan berbuat macam tu, saya dapat apa yang saya nak dan masih dalam budget

Buat apa la nak malu, dah memang takda duit nak bayar. kang kita ambik jugak, nak bayar camna? vendor susah kita pun susah. Ada yang lepas saya bagi email macam tu, diam... tak cakap pun, dieorg boleh kurang lagi ke tak. Ada yang reply and tanya apa budget kite, die boleh try untuk sesuaikan. So, saya dan vendor try to work something out from my budget. Kalau dah mintak kurang, memang ade yang die akan potong from package tu. Kene terimalah, nak wat camne. Tak semua yang kita nak kita boleh dapat.

So, pengajaran yang saya dapat, kalau u betul2 nak vendor tu, email je quotation, then kalau rase ade u betul2 suka, tapi tak dalam budget n kalau kurang sikit boleh masuk dalam budget, berterus terang saja. Mana tau, rezeki kita, vendor boleh ikut our budget. Theres no harm trying, Dan kalau dieorg tak boleh kurangkan harga, apa susah, cakap terima kasih, move on and usaha lagi carik yang lain. =)

Sunday, May 1, 2011

Tips mencari idea


hasil kepulangan hari ini, saya dah borong banyak magazine sebagai bekalan utk mencari idea. excited!!! mase kat rumah takde mase sgt nak selak2 magazine tu, sekarang ni barula ada masa.
Best!!!
owh, saya amat suka dengan majalah pengantin yang ade gambar faezah elai. Saya rasa pengisiannya informatif!! amat sesuai buat saya yang sedang merancang di peringkat awal ni. Masih belum sempat baca dari kulit ke kulit. And dalam tu ade contoh majlis yang buat traditional meets modern concept!!! yeay!!!

Saya tau ramai b2b dapat share idea dari laman laman blog b2b. Big thanks to those yang bermurah hati share2 idea. Sharing is sexy org kata. Selain majalah2 pengantin, ade lagi source2 lain yang amat membantu utk kita mencari idea.

Saya lebih gemar idea dalam bentuk bergambar. Bak kata org, A picture tells thousand words. Sebab tu saya suke tgk website wedding photographer. Mata dieorg dah dilatih utk tangkap wedding details. gambar2 tu memang dah zoom the details. Selain idea pose2 menarik,boleh dapat idea deco, baju, warna. Kalau mati idea, saya memang akan ke website mereka. Just bukak mata n tenung gambar2 tu. Lagi senang kalau u tau ape yang nak dicari. Saya sekarang sedang bukak mata luas2 utk survey cincin yang menarik hati. Untuk setiap wedding photog mmg akan zoom gambar cincin.

Kalau majalah, jgn tumpukan majalah pengantin saje, Majalah seni hiasan dalaman n lanskap pun boleh bagi idea. Idea utk bilik tidur itu sudah tentu. Macam baru2 ni, sempena sambutan easter, majalah luar negara byk paparkan idea berkaitan telur yang mungkin boleh kite gunapakai untuk presentation telur masa majlis nanti. Idea2 yang bermain dengan doily paper, lantern dan bunga-bungaan segar pun byk-amat membantu utk mereka yang mengimpikan garden wedding.

Macam saya yang mengimpikan majlis yang yang berkonsepkan melayu tradisional, saya rase agak mencabar nak carik idea, sebab most b2b akan pilih vintage or modern kan. Tau tak buku apa yang saya selak berulang ulang kali??? Tak lain tak bukan, buku dua dunia satu cinta!! buku perkahwinan ning baizura.
Perkahwinan Ning memang dikampungkan habis habisan. Nampak meriah. Dari kad kahwen, pre wedding peek, sampailah ke majlis persandingan, takde satu pun yang tak berjaya dikampungkan. Details memang menarik. Jadi pada yang nak terapkan unsur2 perkahwinan melayu, boleh cuba google majlis ning ye!
*theme pre wed mereka juga amat menarik, macam zaman uda dan dara bercinta di bawah pohon bambu.

Thursday, January 13, 2011

tips- mewangikan bilik pengantin

kalau zaman dulu2 org selalu letak bunga rampai untuk mewangikan bilik pengantin
tapi, zaman sekarang ada cara yang lebih mudah, yelah, mestilah nak bilik pengantin yang wangi, baru la lebih terasa romantik. Bilik cantik yang ditambah dengan bau yang wangi, baru la nyaman jer bile org masuk.......

boleh jugak gune oil burner, tapi leceh sket kan nak jage air tu supaya tak kering, lagila mase majlis semua org sibuk... nanti tak sedar pulak air dalam tu dah kering

ada cara yang lebih praktikal, ini dia.....

room diffuser from lovely lace, ada byk brand lain, tapi yang nie antara yang femes la. ala... bile kite masuk lovely lace kan waaaaangiiii jer..... yang i tau, ade bau lavender, n rose. i rase room diffuser tu bau die akn release slow slow, jadi taklah bau tu kuat sgt. And lagi satu.... room diffuser nie jugak boleh jadi deco yang cantik macam kat bawah nie. Just tambah bunga n dapatkan vase yang cantik



cantik kan!!! bilik cantik, bau pun wangi....
atapun lagi satu, boleh jugak guna air wick aroma gel, sedap jugak bau die. Tak kuat sngat, tapi kalau baru bukak, mmg boleh bau wangi...

selamat mewangikan bilik!!