Showing posts with label sue cantik. Show all posts
Showing posts with label sue cantik. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

kompilasi gambar reception

salam readers!
agak teruja dengan entry kali ini,
2 hari saya spend masa depan lap top dengan penuh gigih 
ye la.... nasib badan takde videographer, jadi susun gambar kat videomaker konon nak feeling ada video... hihi

saya gune auto mood jer, kalau boleh nak letak lagi banyak gambar, tapi lagu 4 minit je, sorry ye kalau tgk gambar tu gerak laju sgt, patik hanyalah seorang amatur... entah bila dapat saya buat kompilasi gambar nikah dengan video maker ni, tunggu lagi 4 bulan kot,

saya pilih lagu malam bulan dipagar bintang covered by dayang nurfaizah...
semua gambar adalah hasil tangkapan udey ismail dan adinda beliau, ubai ismail,
silalah menjamu mata, buat tangan terakhir saya sebelum saya mendiamkan diri untuk jangka waktu yang agak panjang.... sebab lepas ni dah sibuk..





photographer udey ismail and ubai ismail
location majlis MPN nilai
location outdoor kolam berdekatan KLIA dan masjid KLIA
bunga tangan daun sireh
lagu latar malam bulan dipagar bintang by dayang nurfaizah

boleh click ke link jika berminat mendapatkan khidmat mereka

bagi yang bekerja di wilayah selamat menyambut hari wilayah!!!

Monday, January 28, 2013

tips semasa sesi tadah muka


1.MUA prefer kalau kita face natural light/tingkap

2.sediakan baju berbutang depan- senang, hanya perlu perlu buka butang baju bila nak bukak tanpa perlu mencacatkan make up (tanak shirt bahasan pliz...=) )
3. bagi yang bertudung and still nak cover rambut masa photog ambil gambar, boleh pakai selendang
4. sila mandi awal awal

yang letak ais kat muka semua tu, saya tak berapa pasti, sebab saya tak buat......
saya cuma basuh muka... pastu letak sikit aura seri supaya berseri... hihihihi

Saturday, September 15, 2012

review MUA sue cantik part II

hye beloved readers.
antara email yang i selalu dpt ialah pertanyaan berkaitan sue cantik,
berapa sue charge, contact number sue.

No telefon sue cantik  0192742947.

tapi i nak igtkan sue kadang kadang memang susah nak dihubungiif u really really want her service, jgn give up call sue. or u can leave her a msg via sms.
i tried to call her for almost a week baru dpt contact sue cantik

As usual, kalau sms, bagi tau tarikh, time, and venue ok. Baru nampak u serious.
tak silap i kalau u book sue, kene bayar deposit and its not refundable.
And back in 2011 she charged more than 900 per session tak termasuk transport.

Ada sapa sapa yang berminat utk dptkan service sue cantik???
i letak balik gambar2 hasil air tangan sue cantik ok.


kening kemas kan??? saya awal awal sudah bilang sama sue taknak cantas kening. Walaupun tak cukur kening, kemas saja sue lukis kening saya




ok, anda semua boleh lihat, muka saya tak perfect, kalau tak makeup mmg horror ok.

Jadi pada sapa sapa yang berminat untuk ditatarias oleh sue, apa tunggu lagi, dail dail dan dail no sue ok. =)



Friday, June 8, 2012

review make up reception - sue cantik


yurp. aku menjadi gila kuasa lalu mengambil keputusan nak sue cantik yang makeupkan.
Terus call tanpa memikirkan costnya. hahahaha.

Kenapa saya pilih untuk laburkan wang besar untuk makeup????
well, sebenarnya muka saya ni amatla byk flaw.
Tak tipuu.

Saya book sue setahun sebelum majlis! Mula Mula nak contact memang susah. Call tak angkat, fb tak reply. msg tak reply. But i just keep on calling. Gigih sungguh
Alhamdulillah... rupanya itu saja kesusahan yang saya perlu hadapi. Lepas tu service semua 1st class setaraf vvip!!

Jujurnya, ada banyak fikiran fikiran lain seperti, what if, aku ni membazir je, bayar mahal mahal, tapi makeup biasa biasa je... or gomak sgt ke, or ade lagi makeup artist lain yang dapat makeup lebih cantik ke..... ahhh, mase tu aku buat bodoh jer.... sebab dah bayar deposit kan..... so teruskan je la..... Tapi sekarang Saya tahu saya sudah buat pilihan yang tepat... sue delivered more than just pretty makeup!!!

Sue datang on time.janji 930. 925 sue dah sampai dengan abg wan. Masa tu saya belum mandi lagi!!! hahah ok, sebenarnya saya dah mandi subuh subuh... tapi saya dah berpeluh, so igt nak mandi lagi sekali. Sue being in angel kate, takpe mandi dulu. Nasib baik la saya ni jenis mandi 5 minit dah siap.

Sue memang professional. sebenarnya pukul 9 dah sampai, tapi die breakfast dulu kat kedai makan.. maksudnya die dah prepare awal awal, makan dulu, supaya tak lapar bila buat keje.

Sue jugak amatla nice and humble!! haisy... sebenarnya saya ni org kampung je... alamat rumah saya memang ada perkataan kampung. Rumah pun panas takdak aircond. Tapi die tak complain pun.... siap cakap die suka suasana kampung ni. dah bosan asyik makeup kat bandar bandar je.. Sue memang tawaf rumah aku... hahaha. Masa makeup pun sue borak borak... takdela sombong ke ape.........aaaah... i love sues personality!!!!

Sue memang perfectionist!!! tudung ni.... memang die bagi pakaikan betul betul sampai perfect.... sampai ptg pun tudung ok jer... hihi, sebenarnya masa nikah kelam kabut punya pasal tak pin tudung betul betul. tu yang bile ptg tudung pun jadi senget. So, masa sanding memang saya pinkan bawah tudung betul betul kemas

Since baju tak sewa from butik pengantin, maka takdela mak andam, nasib baik la abg wan ada, abg Wan yang pakaikan sampin kat CM. kemas jer ikatan sampin . siap kemaskan rambut semua.

Lepas dah siap makeup dan nak keluar rumah rumah menuju ke dewan, baru perasan, kereta takdak!!!!!!!! hahaha, semua kereta dah bawak ke dewan. gile aku ni mmg pengantin jenis tak kesah. hampir hampir nak tumpang je kereta photographer..... Sekali Sue dengan baik hatinya menumpangkan saya and pengapit dengan kereta yang ehem..... besar you.

Hari tu, ramai puji makeup cantik. Sampaikan pakcik kedai yang saya selalu tumpang makan pun tak cam saya. hahahaha. ye la.... kalau bukan hari kawen, aku ni pakai spek kemain tebal, pastu muke langsung tak letak bedak.
Sampai ke malam makeup sue nampak cantikkkkk jer........(pada mata saya la)

setakat ni saya memang tak rasa menyesal hire sue cantik. it worth every penny!!'
pada saya, bukan saja makeup yang cantik, personality sue pun cantik juga. =)



since ramai yang bertanya no sue, saya ade selitkan di entry ini