salam...
fuuh... berjam jam saya habiskan untuk buat research untuk mencari susun atur di majlis nikah. Pada saya planning untuk susun atur ini amat amat penting. Kedudukan ini akan menentukan apa yang akan terpapar di gambar kelak. Kalau kita dah susun dengan cantik, senang untuk OP mencari angle yang sesuai, contohnya nak masukkan muka pengantin lelaki dan perempuan dalam satu gambar. Pada saya, majlis nikah penuh dengan emosi, ekspresi muka pengantin dan keluarga masa nikah lain dengan majlis kenduri kahwen yer. Masa nilah debar pengantin jelas terpancar di muka.
Lagi satu, kalau awal2 dah rancang kedudukan ini, sekurang kurangnya kita dapat kawal, sapa yang berada berdekatan dengan kita. Mestilah kita nak kaum keluarga ada di samping kita. jadi, kalau kita dah plan awal2 dan tetapkan org untuk memastikan susun atur nie, takdelah jadi insiden kite mintak tetamu beralih tempat. Takut ada yang terasa pula, sedangkan itu bukan salah mereka, dah takde sape yang cakap tenpat tu khas untuk pengantin dan keluarga.
Pelan ini dibuat oleh saya, dan gambar2 saya ambil dari blog daniel zain
Pada pendapat saya, ini susunan yang paling cantik. Pengantin perempuan akan dapat view yang jelas sepanjang majlis berlangsung. Muka pengantin perempuan, lelaki dan ayah pengantin perempuan juga senang dimasukkan dalam sekeping gambar. Saya juga suke dengan idea di mana pengantin perempuan duduk semasa upacara nikah, dan hanya akan berpindah ke kerusi untuk sarung cincin. Kalau dari upacara nikah dah duduk atas kerusi, pengantin perempuan akan nampak 'tinggi' . Tetapi untuk sarung cincin, saya rase lebih selesa sekiranya pasangan mempelai duduk di atas kerusi tinggi sikit, penat kan dah bersimpuh dengan lama.
susun atur ini pula inspirasi dari majlis nikah sab. Ehem, saya tahu, ramai b2b yang adore majlis nikah sab dan menjadikan majlis sab sebagai rujukan kan. Kebiasaannya tuk kadi memang akan minta pengantin perempuan duduk di belakang pengantin lelaki. Kalau boleh, kita memang nak dekat dengan pasangan kita dan beri semangat, betul tak. Kelebihan susun atur ini, adalah kaum keluarga ada berdekatan dengan pengantin pengantin perempuan. Saya kalau boleh memang taknak sorang2. Saya mahu ibu dan adik2 saya mengelilingi saya semasa proses pernikahan.
Susun atur yang juga antara yang menjadi pilihan kebanyakan pengantin. Pengantin perempuan dapat melihat ekspresi pengantin lelaki dengan jelas. Pengantin lelaki pun boleh jeling pengantin perempuan untuk dapatkan semangat. Saya rasa, kedudukan ini macam satu simbolik bapa pengantin akan menyerahkan puterinya pada pengantin lelaki. Cuma, kekurangan susunan ini, akan menysahkan OP nak selitkan wajah pengantin lelaki dan perempuan dalam satu frame.
Saya selitkan juga antara gambar2 koleksi saya yang lain, mana tahu dpt memberi idea pada b2b yang lain
Who Can Resist Lovely Winter Whites?
-
[image: Who Can Resist Lovely Winter Whites?]
It’s a sunny yet crisp day here at home where I’m prepping for Thanksgiving
dinner. Even though I’ll inevit...
9 hours ago