Monday, October 8, 2012

REVIEW CATERER: SRI PAYUNG


Ada pengantin sanggup keluarkan belanja yang besar untuk makan.
Saya pernah menghadiri majlis kawen yang memang byk gile menu
sedap sedap.
Tapi bila pilihan terlampau banyak, saya sampai tak tahu nak pilih yang mana

Saya berpendapat, untuk pemilihan menu, sila pilih combination lauk yang 'masuk'
complete dengan rasa lemak, manis, masam, pedas...
Untuk caterer, saya mengambil jalan tengah, tidah terlampau murah, tidak terlampau mahal.
Saya nak yang sederhana saja.

Alhamdulillah, masa majlis saya, ramai yang menambah, lauk pun cukup cukup, tak banyak yang lebih, senang hati keluarga pengantin.

Saya rasa, dikalangan blogger, anda nama sri payung pasti sudah tidak asing lagi kan.
Saya tertarik hati bila terbaca review dari ika radisuite, dan dari eli
point pertama yang buat saya tertarik hati, bila 2 2 puji kak ros amat seang nak deal.
point kedua, bila saya tgk harga pakej yang ditawarkan, yang pada hemah saya, antara yang berpatutan, rm 10 satu kepala
point ketiga setakat review yang saya baca, semua kemain memuji lauk sri payung.

Saya usulkan pada ibu pakej yang ditawarkan dari sri payung, kemudian saya email kak ros dan tanya dengan lebih lanjut,
kak ros terus kluarkan quotation.
Memang kak ros pandai layan customer, tak pushy pun.
Mak saya kemudian ke pejabat sri payung untuk food testing.

kami juga ada request utk tukar sayur kepada nangka masa lemak,(nangka lemak dia, memang sedap tau... lembut je nangka die))
daging rendang hitam, ayam percik,

Ramai jugak yang cakap sedap.
Ade beberapa org tetamu memang ambil card caterer dan tempah sri payung untuk anak mereka punya majlis
Kawan saya pon makan bertambah tambah
service ok, memuaskan,
on time
kaki tangan cukup.... bersih
kami satu keluarga tak ambil kisah pun pasal makanan, semuanya sri payung yang uruskan
kami sibuk layan tetamu saja. semua teratur je bawah pengawasan sri payung

Lagi satu kak ros rajin kongsi tips, macam mana nak jimat, kak ros boleh saja tak ajar tips nie, boleh die kaut untung ribu ribu.... tapi  kak ros ikhlas, kak ros tak suke makannan terbazir

ok, mari saya kongsikan tips yang saya dapat.

untuk bajet jumlah tetamu, antara formula yang org pakai, bilangan card, times 3, lepastu ambil 75% dari jumlah anggaran tetamu,
contohnya klua 300 card,
so 300x3 x 75%.
secara teorinya, kita anggap setiap card yang dikeluarkan akan bawak 3 org, and biasanya 75% tetamu akan datang.

tips no 2, let say harga satu kepala rm 10, jumlah jemputan 1500
tak perlu order untuk 1500, order untuk 1200 org, tapi yang lagi 300 org tu, hanya tempah nasik, ayam dan daging, so itu lebih kurang rm 6 saja
tak perlu  tempah sayur untuk 300 org, sebab kadang kadang org cuma nak kuah jer
untuk ayam dan daging takleh nak bajet, sebab kalau takde, nampak mcm tak cukup lauk pulak.
bayangkan jimat rm 4x300, tak ke penjimatan rm 1200 tu.

diharap tips saya dpt membantu bakal pengantin di luar sana,
kalau anda tanya saya, saya memang tak menyesal langsung pilih sri payung. =)

3 comments:

  1. dari renee blog..

    sri payung adik beradik ngan sri angsana.. both of them dari johor makanan depa mmg tip top

    salam perkenalan

    ReplyDelete
  2. hi blogwalking cari review on sri payung, jumpa ur blog and got more than i expected.
    thanks for the tips!
    sangat helpful!

    ReplyDelete
  3. Salam guys yes uols untungg sgt if u got a good servies frm this SERI PAYUNG! Fine apa yang i cerita ni bukan untuk menjatuhkan imej diz cater.. Ini yg trjadi pada mjlis i dengan nama Allah apa yang i kongsikan ini tiada tokok tambahnya.. Tibe2 i rasa nk put some coment here so u guys lebih berhati2 dlm mencari cater.. My wed on Jan 2013 i berurusan dgn k.ros tu yes memng lembut je orgnya .. Utk majlis i jmlah jmputan 1000org n my parents ambk pakej utk 1300 org n kak ros promise akn bg extra food utk 200org tht time we are happyla mungkin x kn ad masalah dgn kekurangan makanan kn.. When it comes to my day pkl 1.30 makanan dh abes,!!! Apa u guys rasa xkan makanan utk 1200 org utk majlis yg bru bmula dh abes.. Kalau pkl 3 dh abes i mungkin bole trima.. Ya allah kelang kabut we all 1 family.. Sedih sgt sampai skg i tak kan pernah halal kan duit yang kak ros Seri Payung ambik dari kami.. Dan bila diselidik balik ramai rupanya yg trkena seperti sy.. Masakan tak cukup lauk oder utk00 yg die Salam guys yes uols untungg sgt if u got a good servies frm this SERI PAYUNG! Fine apa yang i cerita ni bukan untuk menjatuhkan imej diz cater.. Ini yg trjadi pada mjlis i dengan nama Allah apa yang i kongsikan ini tiada tokok tambahnya.. Tibe2 i rasa nk put some coment here so u guys lebih berhati2 dlm mencari cater.. My wed on Jan 2013 i berurusan dgn k.ros tu yes memng lembut je orgnya .. Utk majlis i jmlah jmputan 1000org n my parents ambk pakej utk 1300 org n kak ros promise akn bg extra food utk 200org tht time we are happyla mungkin x kn ad masalah dgn kekurangan makanan kn.. When it comes to my day pkl 1.30 makanan dh abes,!!! Apa u guys rasa xkan makanan utk 1200 org utk majlis yg bru bmula dh abes.. Kalau pkl 3 dh abes i mungkin bole trima.. Ya allah kelang kabut we all 1 family.. Sedih sgt sampai skg i tak kan pernah halal kan duit yang kak ros Seri Payung ambik dari kami.. Dan bila diselidik balik ramai rupanya yg trkena seperti sy.. Masakan tak cukup lauk oder utk00 yg die bgi utk 500 tetamu ya alla smpai ke hari ni i x kan pernah lupe ..

    ReplyDelete