Hati saya melompat gembira melihat inspirasi perkahwinan menampilkan tema tradisional. Saya kan dulu nak buat tema tradisional. Saya memahami dilema pengantin di luar sana yang mengalami kesukaran untuk dapatkan idea dan mencari vendor yang sesuai.
Percayalah tema tradisional memang nampak gah, dan exclusive. Tapi saya tak nafikan kalau betul betul nak nampak exclusive memang kene laburkan duit yang banyak.
Kalau cakap tema tradisional tak sah kalau kita tak comment bab busana.
biasanya kalau tradisional , mestilah yang cantik songket kan.
Warna songket biasanya terang dan garang. macam kat cover tu, oren, dark purple.
my personal pick would be warna royal purple, nampak mewah dan ada unsur modern and tradional.
merah maroon pula, menggambarkan kehangantan cinta, macam mawar merah, nampak passionate gitu.
Masa majlis saya, songket saya warna hijau, pada saya, warna hijau mmg mcm satu statement-ini tema classic traditional, hehe, lepas tgk songket scha, rasanya ramai dah tangkap cinta dengan warna tu kan.
Warna kuning diraja pula sungguh permaisuri agong.
semua ni saya ambil dari qamarsutra punya facebook-rekaan baju dari aleng tohara
Terpulang, sama ada anda mahukan elemen tradisional yang kuat, ataupun anda mahu fusion tradisional contemporary.
Selitkan unsur tradisional dengan pemilihan kain songket, tapi, pilih warna songket yang soft and pastel. Setengah pengantin lebih sukakan sesuatu yang simple dah tak melebih lebih. Anda boleh pilih songket warna tiffany blue, mint, orange pastel. See, tepuk dada tanya selera.
Design pun boleh pilih macam macam design, sama ada anda nak pakai timeless kebaya songket, ataupun macam saya, saya gabungkan unsur peplum dan kebaya pendek.
Kalau anda beli inspirasi perkahwinan yang ni, pada saya, rekaan zery zamri pun cantik,
bahagian badan (pinggang ke atas) kain songket, so nampak macam korset. Tapi untuk bahagian kain dress zery zamry pilih kain chiffon, suka!!! chiffon tu macam lembutkan rekaan tersebut supaya tak nampak keras sgt.
Dari segi aksesori, saya rasa org yang bertudung agak susah sikit.
Sanggul dan aksesori tradisional lebih sesuai digayakan olh org yang tak bertudung.
Kalau bertudung, kadang kala nampak terlampau sarat. Jadi pilih tudung yang simple. Jangan terlampau melebih mebih dgn aksesori, takut pengantin nampak tenggelam pula.,
Saya hanya pilih tiara yang simple, supaya nampak seimbang dengan veil, dan tudung.
Sekarang mari beralih ke topic pelamin pula.
Saya memang ternganga bile tgk pelamin ni.
This was exactly what i had in my mind untuk pelamin reception
menang sebijik, saya request warna royal purple, deco saya mahukan bunga kuning,
kerawang sebagai backdrop
unsur payung, dan lampu ala ala french tu untuk masukkan unsur modern sikit.
Qamarsutra memang pull it off untuk pelamin.
Sebenarnya, masa majlis saya hari tu, bridal sanctuary dah cadangkan buat tempat duduk panjang cam dlm gambar ni, tapi mak saya tetap mahukan 2 kerusi macam org lama tu, saya turutkan sahaja kemahuan ibu.
pelamin saya hari tu dibuat oleh bridal sanctuary. Saya suka je pelamin saya , bridal sanctuary dah cuba masukkan elemen elemen yang saya mintak... hehe, dewan saya dewan murah jer.....lepas du biru gelap plak tu, mungkin kurang pencahayaan buatkan pelamin tak berapa naik.
Saya request elemen songket, kerawang. ibu plak berkeras nak kerusi 2 macam zaman dulu dulu, idea bench panjang kene reject. haha.
another plamin by qarmasutra.
tema tradisional takkan lapuk sampai bila2 :) thumb up for songket :D
ReplyDeletehihi, malunye blogger otai comment blog ni. cantik kan songket. harap harap ramai pengantin kekal bersongket untuk majlis kahwen masing masing
ReplyDelete