Monday, May 7, 2012

cerita di sebalik baju nikah


Baju nikah yang saya mahu adalah, warna putih, chiffon, kurung modern dan ada drapping. period.




inilah baju idaman saya yang saya bawa gambarnya ke hulu ke hilir jumpe designer, tukang jait aunty cina yang saya selalu hantar baju. Sanggup jalan kaki redah kelana jaya dan bangsar... amat suka dengan drapping baju tersebut.
Untuk beadings- saya berkenan dengan design beadings serong ni. (ehem, saya rasa semua org pun suka dgn design ni,)



Akhirnya selepas survey2, saya settle dengan rico saja.Lagipun butik Rico di Bangi, lebih dekat dengan rumah saya. Rico come out with his own ideas.... he did a few sketches dan saya pilih.

Pada mulanya, igtkan nak recycle balik baju nikah tu buat baju bertandang, maksudnya lepas nikah saya nak hantar balik baju kat rico suruh die buat a few adjustment, tambah beadings lagi bagi nampak lain....(read-konon nak bajet)

Sekali mase fitting saya tak sanggup melihat betapa simplenya baju saya... muka automatic masam.. Sebab mr designer's plan is to keep it simple mase nikah, dan bagi va va voom mase bertandang. Saya pun terus tukar plan, sewa baju utk bertandang, n terus ckp kat mr designer, sila penuhkan baju saya macam nak bertandang, takyah nak simpan simpan lagi, show me what u got ( macam tu la lebih kurang apa msg yang saya cuba nak sampaikan).

Semasa dalam process, Rico ada call saya, dan cakap, beadings macam dah lari dari design asal, (hihi, mak saya yang request utk tuka), maka drapping yang asal tu macam dah tak masuk sgt dgn design beadings yang baru. Dah carca marba. Rico tanya, nak ubah bahagian bawah kepada beadings atau masih nak draping tapi design draping tu takkan sama dengan apa yang kami bincang awal awal.Saya bilang, Nak draping jugak, tak sama macam awal awal pun tak pelah... asalkan ada draping. Lepas tu letak pearls bagi banyak.

Akhirnya masa final fitting baru baru ni, saya dah boleh senyum
-draping checked,
-beadings kat tangan-checked(taknak plain, sebab nak nampak beadings masa gambar tadah tangan berdoa, masa sarung cincin, masa salam.... beadings kat tgn penting utk tambah seri),
-beadings serong kat baju- checked.

Hihi, Rico pun cakap, beadings u 10 km pon dah boleh nampak, dah membuak buak. Tapi pada saya, its just nice, masih belum dalam category over.... Saya pernah nampak baju lain yang lebih over ok.

Untuk veil, ade 2 pilihan, satu tu net labuh, memang glamorous tapi saya rasa nanti veil over, baju over, org tak tau nak focus yang mana. Maka saya pilih veil chiffon yang simple saja. Lebih sesuai dengan majlis nikah. So, jgn terkejut kalau tgk veil saya plain saja.......(tapi sebenarnya dalam hati tgh terpikir nak suruh designer tambah lg beadings kat veil..... tahan.... tahan....less is more....). Baju yang singkat pun Rico dah labuhkan sikit, Mula mula saya yang request nak singkat, tapi bile fitting nampak pelik pulak, tak sangka Rico labuhkan baju tu... thank you so much rico.

So, itulah cerita disebalik baju saya..... Harap harap semua berjalan lancar nanti... amiiinnn...

6 comments:

  1. hi, i pon minat sengsgt bj kuning air tu. mmg da lama smpn gmba tu dlm laptop. i wonder who's d bride. u tau?

    ReplyDelete
  2. its shereen. ni baju tunang die tau. baju kawen die, rizalman yang buat....

    ReplyDelete
  3. hi.. how much ey bajet if tempah dgn rico? thanks :)

    ReplyDelete
  4. dalam majalah eh baru baru ni he stated baju start dari 1500 tak silap. =)

    ReplyDelete
  5. kalo sewa berape ek.. cantik la baju2 Rico..

    ReplyDelete
  6. Kalau nak sewa dari rico, saya tak pasti berapa. awak Kene tanya rico sendiri.Sebab baju ni saya buat dekat rico. Kalau nak sewa baju dari saya, saya tak pernah terfikir pulak ada yang nak sewa from saya. Lagipun saya ni kecik jer... height 150cm, bahu 14, pinggang 25, punggung 36(haha, bum besa). Tapi yang baju kuning ni bukan rico tau yang buat, qudyn aziz yang buat

    ReplyDelete