1)carik blouse or kemeja butang depan
senang nanti nak unbutton lepas make up. Kalau t-shirt nanti comot momot pule makeup. Memandangkan nikah and sanding dibuat 2 hari yang berbeza, sila sediakan 2 baju ye, barula nampak ada variasi sikit dekat gambar.
2) selendang untuk tutup rambut mase make up
segan kalau tiba2 gambar tak pakai tudung ade kat blog or fb
3)hanger cantik untuk gantung baju
4)gantung uniform kerja beserta nametag-supaya photographer dapat ambil gambar uniform keje dengan penuh artistic
5)walau macam mana lenguh pun kaki duduk bersimpuh sila jaga posture ok. JANGAN menongkat dengan tangan walaupun lenguh. Bertahanla sejam dua untuk pastikan posture cantik di gambar. hehe.
ok, itu jer yang terfikir buat masa ini. Oh, selain itu, saya harap saya tak lupe untuk assign someone untuk sediakan makan minum vendors-MUA, photog, videog, kesian dieorg datang pagi pagi, mana tau, tak sempat makan lagi, gigil gigil buat kerja. Walaupun saya bayar perkhidmatan mereka, mereka masih lagi dikira tetamu rumah saya.
yang paling penting, senyum senyum dan senyum, saya nak jadi ayu, tamau jadi bridezilla. no no no.
No comments:
Post a Comment