2 3 hari nie, banyak bende yang bermain di fikiran saya. Saya risau memikirkan saya hanya akan ada di malaysia 6 bulan sebelum majlis. Terbayang saya akan berlari seperti headless chicken menyelesaikan banyak perkara.
Risau memikirkan bila pulang, saya akan terikat dgn kerja yang sibuk 7 hari seminggu. Jelesnya dengan org yang bekerja 9-5 n lima hari seminggu. Macam mana saya nak buat semua???? Dekat dalam kepala penuh dengan idea2, nak ini dan itu. Nak majlis kawen macam cinderella. Terbayang nak hias rumah sendiri jadi terang benderang macam istana raja sewaktu majlis berlangsung.
Kalau ada duit, semua pun jadi, upah saja orang. tapi waduh...... uwangnga enggak kecukupan siih..... mahu kerah tenaga sendiri... masanya pula enggak ada.......
Saya sebenarnya bukanla seorang yang perfectionist. Kalau ada apa2 majlis, saya bersiap macam hendak taknak saja, pakai apa yang ada. Saya tak kesah berselipar jepun ke hotel 5 bintang. Tapi saya tak tahu, kenapa bila tiba tang wedding nie, terus semua nak perfect!!! Saya menjadikan majlis kawen saya sebagai satu hadiah untuk diri sendiri. Sebagai satu celebration setelah bertahun tahun menjalinkan hubungan dengan CM. Hadiah kerana kami masih bertahan walaupun memakan masa dan terpisah sehingga berlainan benua. Mungkin itu yang buat tambah tertekan.
Tadi sewaktu saya telefon ibu, dan menyuarakan kerisauan saya, ibu kata, takpe, selesaikan satu satu, tak perlu sibuk nak potong2 ribbon, beli kat kedai pun boleh. Terus dalam hati menjerit - what if ribbon kat kedai tu tak same macam yang saya nak! . Nampaknya semangat bridezilla sudah mula meresap. Ibu cakap, kalau tak dapat buat banyak, kita buat sikit..... yang penting majlis berjalan dengan lancar...
ok, fine....... sekarang i have to keep on telling myself, tak semua yang kita nak tu dapat. Perlu belajar untuk melepaskan beberapan perkara yang di luar kemampuan kita. Saya sudah bertekad, untuk menyerahkan hal caterer dan door gift kepada keluarga. Saya tidak mampu utk perfectkan semua perkara. 2 perkara itu, memang saya tak ambil tahu langsung. Pasrah sahaja terima apa yang disediakan.
Apa yang saya selitkan dalam blog ini pun, saya sedar, berapalah sangat yang mampu dilaksanakan. Tapi tak mengapalah, semoga entry2 ini dapat memeriahkan blog blog perkahwinan di malaysia. Gambar2 yang saya simpan n cuci tu, kalau saya tak dapat buat, mungkin saya boleh buat masa majlis sedara mara, ataupun sahabat handai. Saya patut belajar utk enjoy proses persediaan ini, rugi kalau kita tak enjoy proses persiapan kawen.
No comments:
Post a Comment